Pencetus Ummah (PU) Amin baru-baru ini ada membuat kenyataan terbuka dimana dia ingin menegur segelintir individu yang menggelarkan dirinya ustaz untuk mengejar kesenangan hidup.
Katanya lagi, perbuatan neg4tif yang dilakukan itu telah menjejaskan sedikit sebanyak imej terhadap ustaz-ustaz lain, lapor mStar.
Berhentilah dari menggunakan nama ustaz untuk memuliakan diri
“Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejah4tan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya meros4kkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri”
“Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz-ustaz yang lain.”
“Berhentilah dari menggunakan agama untuk kesenangan diri, berhentilah dari menggunakan nama ustaz untuk memuliakan diri, bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz”.
“Jangan kita ros4kkan tugas pendakwah ini, fikirkan perasaan Nabi Muhammad dan para sahabat jika kita meros4kkan kerja dakwah ini”
Dalam pada itu, PU Amin juga ada membuat luahan di Instagramnya untuk lindungi diri daripada jadi m4ngsa f1tnah dalam kerja. Namun, dia tidak ajukan kepada sesiapa pun.
Be the first to comment on "“Berhentilah guna nama agama” – PU Amin Tegur Segelintir Orang Berhenti Gelar Diri ‘Ustaz’ Kalau…"