“Berhentilah guna nama agama” – PU Amin Tegur Segelintir Orang Berhenti Gelar Diri ‘Ustaz’ Kalau…

Pencetus Ummah (PU) Amin baru-baru ini ada membuat kenyataan terbuka dimana dia ingin menegur segelintir individu yang menggelarkan dirinya ustaz untuk mengejar kesenangan hidup.

Katanya lagi, perbuatan neg4tif yang dilakukan itu telah menjejaskan sedikit sebanyak imej terhadap ustaz-ustaz lain, lapor mStar.

Berhentilah dari menggunakan nama ustaz untuk memuliakan diri

“Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejah4tan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya meros4kkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri”

“Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz-ustaz yang lain.”

“Berhentilah dari menggunakan agama untuk kesenangan diri, berhentilah dari menggunakan nama ustaz untuk memuliakan diri, bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz”.

“Jangan kita ros4kkan tugas pendakwah ini, fikirkan perasaan Nabi Muhammad dan para sahabat jika kita meros4kkan kerja dakwah ini”

Dalam pada itu, PU Amin juga ada membuat luahan di Instagramnya untuk lindungi diri daripada jadi m4ngsa f1tnah dalam kerja. Namun, dia tidak ajukan kepada sesiapa pun.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah Ya Tuhan Ku ! Dengan keberkatan hari jumaat yang mulia ini kau berikan lah kekuatan pada diri ku untuk terus berbakti dan berdakwah kepada masyarakat di dunia ini.. . Berikanlah taufiq , hidayah dan cahaya mu dalam meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diwariskan olwh Rasulullah Saw.. . Hati ini takut dan risau dengan apa yang berlaku pada pendakwah hari ini , pelbagai ujian dan halangan terpaksa dihadapi.. . Ya Allah ! Aku merayu dihadapan Mu , peliharalah kami para pendakwah agar ikhlas dan jujur dalam menyampaikan risalah dakwah ini , jauhkan kami Ya Allah dari cintakan dunia dan dosa yang cenderung kepada hawa nafsu.. . Ya Allah , berikan kekuatan dalam diri ini untuk terus menyampaikan kebaikan dan ilmu kepada ummat manusia , jauhkan diri ku dari kesesatan dan kezaliman , lindung aku dari menjadi fitnah dalam kerja dakwah ini.. . Ya Allah ! Peliharalah keluarga kami , Peliharalah diri kami , Peliharalah seluruh pejuang agama mu Ya Allah ! Anugerah kan kami kekuatan dan tenaga yang banyak untuk kerja dakwah ini hingga mati nya kami dalam berjuang dan berdakwah untuk agama Mu Ya Allah.. . Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan , lihatlah apa yang berlaku , kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri.. . Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz ustaz yang lain.. . Berhentilah dari menggunakan Agama untuk kesenangan diri sendiri , berhentilah dari mengguna nama ustaz untuk memuliakan diri , bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz.. . Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini , fikir kan perasaan Nabi Muhammad dan Para Sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini.. . Ya Allah ! Peliharalah kami , hari ini kerana nila setitik telah rosak susu sebelanga , Ya Allah ! Muliakan usaha dan tugas dakwah bagi kami yang benar benar mahu bekerja untuk Mu Ya Allah!! Ya Allah jauhkan kami dari sifat fasiq dan Munafiq ! Ya Allah ampunkan kami Ya Allah ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Walaubagimanapun PU Amin menegaskan yang dia takkan berhenti daripada melakukan tugas mulia ini biarpun reputasi ustaz kini agak terjejas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Berhentilah guna nama agama” – PU Amin Tegur Segelintir Orang Berhenti Gelar Diri ‘Ustaz’ Kalau…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*