‘Anak gembira dapat ayah baru’ – Erin

“SAYA mula tidak keruan selepas perjalanan menuju ke Makkah dan ketika tidur sering mimpi rindukan seseorang. Apabila saya melakukan solat dan berdoa minta petunjuk Allah, terpancar jelas wajah ustaz Farhan,” kata Dr Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Erin.

  

Erin, 40, yang juga isteri kepada pendakwah kontr0versi, Da’i Nik Farhan berkata, pertemuannya dengan Farhan ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini ada sebab yang sudah ditetapkan Allah SWT.

“Saya yakin ada sebab mengapa Allah pertemukan saya dengan Farhan sedangkan ketika pergi ke sana saya bersama calon suami lain dan apabila pulang saya bersama suami lain pula,” katanya.

Memetik temu bual bersama Astro Gempak, Erin berkata, sebagai seorang wanita tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin dengan suami orang apatah lagi isteri lelaki berkenaan sedang hamil.

“Sebolehnya saya elak berkahwin dengan suami orang tetapi Allah sudah atur itulah jodoh saya sekarang dan saya tidak mampu menjawab pertanyaan daripada warganet mengapa memilih suami orang.

“Saya tidak marah dengan warganet malah krit1kan mereka tidak memberi apa-apa kesan langsung dalam kehidupan saya. Apa yang penting keluarga dan anak-anak lebih kenal siapa saya,” katanya.

Mengulas mengenai bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, Erin berkata, antara sebab dia menerima lamaran lelaki itu selepas mendapat persetujuan daripada wanita terbabit.

“Ketika Farhan hendak melamar saya memang rasa tidak percaya kerana kami belum mengenali diri masing-masing sepenuhnya, malah selepas tiga hari di Makkah baru dia tahu saya janda anak lapan dan sudah pernah berkahwin sebanyak dua kali.

“Saya berani menerima lamaran Farhan kerana katanya Fatin memberi kebenaran dia berkahwin dua. Namun, selepas lama berdiam diri saya lihat seperti ada komplot untuk membuka a1b Farhan.

“Sebagai isteri semestinya saya akan menent4ng dan mempertahankan maruah suami dan kerana itulah saya mula bersuara serta kembali aktif di laman sosial,” katanya.

Erin berkata, dia juga bersyukur lapan anaknya menerima baik kehadiran Farhan dalam keluarga mereka.

“Anak-anak sangat menyokong perkahwinan saya dengan Farhan malah apabila saya beritahu mereka akan dapat ayah baru semua gembira,” katanya.

Kisah pasangan ini mulai menjadi perhatian apabila Farhan did4kwa berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah tanpa pengetahuan Fatin yang ketika itu masih isteri Farhan dan sar4t hamil anak kedua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : MyMetro

Be the first to comment on "‘Anak gembira dapat ayah baru’ – Erin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*