“Ya Allah, aku ingatkan cucu dah mati…”-Nenek sebak cucu hanyut dibawa arus masih hidup

Beberapa hari lalu, penduduk di Baling Kedah menjadi perhatian ramai selepas beberapa kampung dilanda kepala air serta banjir kilat. Tragedi yang dikatakan paling terburuk dalam sejarah di negeri jelapang padi itu telah meragut nyawa dan kerosakan harta benda.

 

Kehilangan orang tersayang dalam tragedi tersebut sangatlah meruntunkan jiwa dan ini termasuklah seorang warga emas berusia 75 tahun baru-baru ini.

 

Pun begitu, wanita tersebut boleh menitiskan air mata kegembiraan apabila mengetahui cucu kesayangannya yang disangkakan telah meninggal dunia akibat dihanyutkan banjir sebenarnya masih hidup.

“Ya Allah, aku ingat cucu dah mati, aku ingat cucu dah mati,”ujar wanita itu sewaktu bertemu dengan cucunya.

 

Melalui perkongsian Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook, wanita yang dikenali Aminah Ahmad atau lebih mesra disapa Tok Aminah dikatakan sedang menjaga cucunya terlantar atas katil akibat demam.

 

Namun, tidak lama kemudian rumahnya dinaiki air sehingga paras pinggang dan cucu lelakinya turut dihanyutkan sebelum ‘ghaib’ selama dua hari.

 

“Dalam masa kurang dari lima minit air paras buku lali sudah naik ke pinggang, Allahuakbar. Aminah menceritakan beliau amat panik waktu tu. Sementelah sudah berusia 75 tahun, lalu hanya mampu fikir untuk selamatkan diri. Kalimah ‘ALLAH’ tak putus keluar dari bibir.”tulis Ustazah Asma’ Harun

 

Cucu disangka mati datang menyentuh bahu dari belakang

Apa yang membuat hati wanita itu tersentuh apabila bahu wanita itu disentuh lembut dari arah belakang dan dia terkejut sebaik sahaja melihat cucunya yang disangka sudah pergi kini kembali ke pangkuan keluarga.

Tiada kata yang dapat diucapkan oleh wanita berusia 75 tahun itu selain meluahkan kesyukuran terhadap Allah S.W.T kerana menyelamatkan cucunya daripada bencana tersebut.

 

Tok dah sediakan semua kelengkapan untuk mati, tok dah tua…

Pada masa yang sama, Tok Aminah turut memaklumkan dirinya telah membuat persediaan bagi menghadapi kematian dan sudah pun membuat simpanan untuk pengurusan jenazahnya termasuklah beberapa helai kelengakapan kain kafan.

 

“Tok dah sediakan semua kelengkapan untuk mati, tok dah tua,”ujarnya.

Perkongsian dari Tok Aminah itu membuatkan Ustazah Asma’ Harun terinspirasi dan mengagumi akhlak warga emas tersebut. Malah, ia mengundang sebak di kalangan warganet sebaik sahaja membaca coretan tersebut.

Didoakan semoga urusan mangsa banjir di Baling, Kedah dipermudahkan dan semuanya berada dalam keadaan selamat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Satkoba

Be the first to comment on "“Ya Allah, aku ingatkan cucu dah mati…”-Nenek sebak cucu hanyut dibawa arus masih hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*