Fizo Bagi Hint Nak Tambah Anak, Tapi Netizen Cakap Rest Dulu? – “Sabar Dulu Abe Joe, Bagi…”

Sekitar dua minggu lalu, pelakon dan usahawan Fizo Omar mengumumkan berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata.

Selepas mengumumkan berita gembira itu, Fizo kemudiannya memuat naik video perkembangan terkini mengenai nama anaknya, termasuk proses pendaftaran bayinya.

Selain itu, Fizo turut mengumumkan nama puterinya, Wan Khaleeda Binti Wan Hafizol. “Dah nak setahun dah kahwin baru ambil sijil nikah.

Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby. “Daddy baru nak up mcm ni la. Daddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

 

 

So bertindak cepat ok,” katanya menerusi kemas kini di Instagram. Dalam pada itu, Fizo turut berkongsi video yang memberitahu tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk proses pendaftaran bayi.

“Abe Joe share pengalaman dan checklist apa yang daddy-daddy di luar sana perlu bawak untuk mendaftar kelahiran anak ni.

“Rasa-rasa macam tahun depan nak repeat datang JPN ni pulak la, boleh tak @ffezyranesry?” selorohnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian Fizo itu.

Komen Netizen:

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercer4i talak satu di Mahk4mah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "Fizo Bagi Hint Nak Tambah Anak, Tapi Netizen Cakap Rest Dulu? – “Sabar Dulu Abe Joe, Bagi…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*