“Harap Abang Ni Ceria Di Hari Raya Aidiladha…,”- Lelaki Tak Terurus Nyanyi Lagu Hits New Boyz, Tomok Buat Video Call & Hulur Bantuan

Baru-baru ini, tular di media sosial sepotong video memaparkan kelakuan seorang lelaki yang dilihat tidak terurus dan berpakaian compang-camping sedang duduk di hadapan sebuah bank sambil menyanyikan lagu Sejarah Mungkin Berulang dendangan asal kumpulan New Boyz.

Video berdurasi kurang seminit itu difahamkan telah dirakam oleh orang awam yang berkunjung ke bank tersebut.

Nyanyian lelaki itu ternyata menjentik hati ramai pihak termasuklah vokalis kumpulan New Boyz yang juga merupakan penyanyi terkenal Tomok.

Malah, Tomok juga turut menyatakan hasratnya untuk berhubung dengan lelaki tersebut.

“Mungkin dia lalui masa yang sukar. Sesiapa yang jumpa abang ni minta tolong DM saya ya. Terima kasih guys,” tulisnya di Instagram.

Terbaru, penyanyi lagu Meraung ini juga memaklumkan dia berjaya membuat panggilan video dan bercakap sendiri dengan pemuda yang berasal daripada Semporna, Sabah itu hasil bantuan penduduk di sana.

Katanya lagi, dia juga telah menghulurkan sumbangan kepada lelaki tersebut sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha beberapa hari sahaja lagi.

“Alhamdulillah saya dapat bercakap dengan abang ini tadi. Terima kasih rakan-rakan di Semporna, Sabah yang usahakan dengan begitu cepat

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

“Saya bantu apa yang mampu. Saya harap abang nj ceria di hari raya aidiladha nanti. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan Tomok menerusi entri terbaru di Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga lelaki tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

KOMEN NETIZEN;

 

 

 

Sumber : mh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber:

Be the first to comment on "“Harap Abang Ni Ceria Di Hari Raya Aidiladha…,”- Lelaki Tak Terurus Nyanyi Lagu Hits New Boyz, Tomok Buat Video Call & Hulur Bantuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*