‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

Penyanyi popular dan berbakat besar, Aina Abdul, yang kini sedang sibuk menjalani latihan bagi menjayakan konsertnya A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang akan diadakan pada hujung minggu ini, mencuri perhatian warganet menerusi satu perkongsiannya di Instagram.

Pinggang Ramping

Salah satu hantaran yang dikongsikan Aina di Instagram nya menarik perhatian ramai, di mana antara beberapa gambar yang dimuatnaik penyanyi berbakat ini di media sosialnya membuatkan warganet tergamam.

Aina menunjukan gambar pinggangnya, di mana saiz pinggang penyanyi ini dilihat semakin kecil dan ramping berkat atas usaha kerasnya dengan melakukan senaman secara konsisten.

Netizen Terkejut Lihat Perubahan Aina

Muatnaik gambar yang dikongsikan Aina, ramai warganet yang memberi komen dengan meluahkan rasa terkejut melihat perubahan pada penyanyi popular ini dan memujinya memiliki pinggang yang kecil seperti kerengga.

“Gambar 4 tu yang (emoji terkejut)”

“Pinggang kerengga”

“Yeah” komen mereka

Terdahulu, Murai MY melaporkan bahawa Aina bakal menggayakan 10 persalinan busana yang extravaganza untuk konsert sulungnya nanti.

Bagi yang ingin mendengar sendiri persembahan hebat dan lagu-lagu nyanyian Aina di Istana Budaya pada hujung minggu ini, anda boleh membeli tiket dengan menghubungi Azrul pada 017-300 6531 atau menerusi ticket2u.com.my

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Murai MY

Be the first to comment on "‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*