Berang Rambut Anak Dijadikan Bahan Tawa Warganet, Sharifah Sakinah Tampil Bersuara

Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal apabila penampilan anak perempuannya, Anais Adha menjadi bahan tawa di media sosial gara-gara memiliki rambut afro.

Kenapa kritik rambut anak saya?

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sakinah, 34, menyifatkan individu yang bermulut lahar itu sebagai ‘sakit.’ “Kamu semua sakit!” Pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) sebuah portal yang membuat laporan berita dengan ‘headline’; ‘Rambut anak Sharifah Sakinah kena ejek.’ Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ingin tahu kenapa segelintir warganet suka mengejek rambut anaknya yang berumur lima tahun.

Pengikut puji rambut cantik

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat meminta agar Sakinah mengabaikan komen-komen berbaur negatif. Ada yang menyatakan rambut alfo itu sangat unik dan tidak seburuk seperti yang diperkatakan. Sebelum ini, di TikTok , ada warganet yang mengkritik penampilan gaya rambut Anais lalu menyamakan dengan mi.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "Berang Rambut Anak Dijadikan Bahan Tawa Warganet, Sharifah Sakinah Tampil Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*