Isteri TMJ Tampil Buka Mulut Persoalkan Punca Kehilangan Baby Syifaa, Siap Tujukan Pada Seseorang Ini

Kes kehilangan bayi perempuan, Nour RaniaAsyifaa Yuseri, 15 bulan, ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan, Februari lalu, perlu disiasat semula. Isteri Pemangku Raja Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menerusi hantaran di Instagram semalam, menyuarakan pendapat yang melihat luka bayi itu yang dikata kan berpunca akibat trj.3rut tali buaian seperti tidak masuk akal.

Dalam hantaran pertama, Che’ Puan Besar Khaleeda berkongsi hantaran daripada bapa bayi berkenaan, Yuseri Yusoff yang memuat naik gambar luka anaknya bersama laporan bdh siasat serta peringatan tarikh sebutan semula kes di Mhkmh K.roner Seremban, 29 Jun ini. Isteri Pemangku Raja Johor meletakkan tanda pagar #justiceforbaby.syifaa dan turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

“Bagi saya tidak masuk akal ‘Baby’ (bayi) Syifaa trj.3rut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret,” tulis baginda dalam hantaran kedua. Che’ Puan Besar Khaleeda kemudian berkongsi lagi hantaran Yuseri yang dibuat pada 24 Mac lalu dengan mempersoalkan bagaimana seseorang boleh melakukan tindakan sebegitu kepada seorang kanak kanak yang tidak berdaya. How can someone do this to a helpless child (Bagaimana seseorang boleh lakukan perkara ini ke atas kanak-kanak yang tidak berdaya). You need to reinvestigate this case (Kamu perlu siasat semula kes ini),” tulis baginda lagi dengan menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Rina.

Malam tadi, sekali lagi Che’ Puan Besar Khaleeda membuat hantaran merujuk kes berkenaan dengan persoalan mengenai kesan luka dialami bayi terbabit. Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan itu disahkan pergi buat selamanya pada jam 4.30 petang, 22 Februari lalu selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan. Menurut siasatan awal polis, pengasuh mendkwa individu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badan berada di dalam buaian.

Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pula merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kehilangan nyawa bayi berkenaan. Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kehilangan bayi perempuan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di Mhkmh Kor.0ner Seremban.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber :  Bharian

Be the first to comment on "Isteri TMJ Tampil Buka Mulut Persoalkan Punca Kehilangan Baby Syifaa, Siap Tujukan Pada Seseorang Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*