“Dulu T@kut Juga…” Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bertudung

Penyanyi dan juga personaliti media sosial, Nana Mahazan meluahkan rasa syukur apabila penghijrahannya memakai tudung tidak sama sekali mengehadkan tawaran kerjanya dalam industri seni hiburan.

Ujar Nana, dia mengakui berasa sedikit terkejut apabila dihujani dengan pelbagai tawaran malah perniagaan yang diusahakannya selama ini turut mendapat maklum balas positif.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

Tambah Nana lagi, perasaan takut itu ada awalnya berikutan bimbang tawaran kerja akan semakin berkurangan namun dia enggan terlalu memikirkan soal itu kerana percaya dengan rezeki Allah.

Alhamdulillah. Ini semua kuasa Tuhan. Saya terkejut apabila saya menerima pelbagai tawaran baru selain bisnes yang diusahakan berjalan dengan lancar. Pada awalnya memang ada terdetik rasa takut kalau tawaran dalam bidang seni akan berkurangan, tapi saya enggan terlalu memikirkan soal itu.

Dia dalam pada itu turut berpegang teguh dengan pendirian untuk tidak takut dalam perubahan kerana setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjaran di kemudian hari.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

“Cuma kena sentiasa jujur dan punya niat yang betul. Jangan berubah kerana orang lain, sebaliknya kita sendiri yang dipandang baik di sisiNya.”  katanya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Beautifulnara

Be the first to comment on "“Dulu T@kut Juga…” Nana Mahazan Syukur Rezeki Melimpah Ruah Selepas Bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*