‘Ayahmu baik Uthman Hamzah’

 

“MUNGKIN jika suatu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang,” demikian kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Titipan itu ditujukan khas beliau kepada anak lelaki Allahy4rham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan al-Juffrey atau Abam Bocey yang men1nggal dunia, Isnin lalu.

Menurutnya, biarpun sibuk dengan rutin hariannya, beliau tidak ketinggalan mengikuti perkembangan pem3rgian Abam di media sosial.

“Pada hari pem3rgiannya, tergerak di hati saya untuk menziarahi jenaz4hnya.

“Namun, kekangan masa yang amat padat tidak memungkinkan saya berada bersama-sama di tanah perkvburan atau masjid.

“Pada malam itu, saya menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River, Perak.

“Pun begitu, saya tetap mengikuti proses daripada awal hinggalah ketika jen4zah dikuburkan melalui media sosial,” katanya menerusi catatan di laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.

Beliau menyifatkan pem3rgian Abam sebagai kem4tian dan pen4mat yang baik.

“Mungkin ramai tertanya-tanya. Walaupun sudah hampir seminggu kem4tiannya, nama Abam masih lagi meniti di bibir orang ramai.

“Mengapa boleh jadi sedemikian rupa? Adakah kerana kemasyhurannya? Atau kerana lawaknya yang sentiasa diingati?

“Bagi saya, bila mana kem4tiannya sentiasa disebut-sebut, itulah petanda husnul khatimah,” katanya.

Dalam perkongsian itu, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Abam.

“Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran, khususnya kepada isteri beliau dalam membesarkan anak yang dikasihi, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Saya tidaklah mengenali Abam Bocey secara dekat. Cuma sempat beberapa kali menonton jenakanya di kaca televisyen.

“Beliau memang mempunyai bakat membuat lawak yang semula jadi. Itulah antara anugerah Allah SWT kepada beliau,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HM

Be the first to comment on "‘Ayahmu baik Uthman Hamzah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*