Orang baik, dibalas baik

 

GENAP seminggu pemergian Allahy4rham Abam Bocey, namun hampir setiap hari kisah mengenainya menjadi paparan media.

Begitu juga dalam kalangan sahabat baik Abam iaitu Fad dan Achey, satu persatu perkongsian dimuat naik di laman sosial mereka yang bercerita mengenai pengalaman bersama.

Tit1san air mata yang mengalir cukup menggambarkan perasaan dilalui sekali gus membuktikan betapa utuhnya persahabatan mereka sejak membentuk Bocey.

Namun, seperkara yang menarik perhatian adalah keperibadian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan yang terus meniti di bibir ramai orang.

Baik dalam kalangan keluarga, rakan artis, media mahupun peminat.

Malah, sepanjang karier Abam tidak pernah mencetuskan sebarang kontrov3rsi atau terpalit isu pergadvhan. Person4litinya yang pend1am membuatkan dia mengambil sikap amembuat hal sendiri.

Di pentas lawak pula, Abam selesa menjadi diri sendiri. Kata dan cakap apa saja mengenai dirinya termasuk fizikal diri, dia okey dan tersenyum saja. Tidak pernah sekali pun dia merajuk hati atau terasa kerana menganggap semua itu gur4uan semata-mata.

Kita selalu dengar, orang baik pasti dibalas baik. Abam adalah orangnya. Ia berlaku depan mata kita hari ini. Sejak berita pem3rgian Abam dilaporkan sehingga sekarang, rumah Abam tidak berhenti diziar4hi orang ramai. Begitu juga dengan pusara arw4h.

Rezeki buat Abam juga apabila ribuan jemaah memberi penghormatan terakhir untuknya pada solat jen4zah di Masjid Gombak Utara. Jumlah itu dikatakan jauh lebih ramai daripada jemaah solat Jumaat di masjid berkenaan.

Begitu juga ketika jenaz4h dikebum1kan apabila berebut-rebut sahabat mahu turun ke li4ng lah4d untuk menguruskan jen4zah. Semua itu bukti betapa baiknya arw4h sepanjang hay4tnya dengan rakan.

Itu belum lagi ketika perjalanan arw4h dibawa ke tanah perkvburan yang diiringi pasukan bermotor hingga mengakibatkan kesesakan jalan.

Kalau diikutkan, semua itu tidak mempunyai kaitan atau pertalian dar4h dengan Abam. Tapi, disebabkan kebaikan yang ada pada arw4h, itu bal4san untuknya biarpun sudah tiada.

Paling menarik perhatian juga apabila seorang wanita memberitahu Abam menampung persekolahan anaknya selama ini. Dalam diam, Abam melakukan kebaikan tanpa perlu menghebohkan kepada umum.

Diceritakan penjaga kubvr, wanita itu mengakui dia dan anak banyak menerima sumbangan daripada arw4h, malah Abam yang menyekolahkan anak dan menampung keluarganya.

Muncul pula, stokis peralatan sauna, Hamidah Husin yang berkongsi kebaikan Abam yang menolak menerima bayaran selepas Abam mempromosikan di Instagram.

Jawapan diberikan Abam ketika itu adalah rezeki bersama daripada Allah. Ternyata pada pengakhiran hayatnya, Allah datangkan rezeki yang berlipat kali ganda untuk Abam atas kebaikan dilalukan.

Terdetik seketika, siapa lagi yang dibantu arw4h sepanjang hayatnya? Semoga segala kebaikan arw4h menjadi pedoman buat semua.

Percayalah, perbuatan yang baik tetap dibalas baik. Kalau bukan semasa h4yat, tapi di akh1rat kel4k.

Semoga r0h Abam ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin…al-Fatihah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HM

Be the first to comment on "Orang baik, dibalas baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*