“Bagusnya, support husband” – Suami Buat Permintaan Untuk Belajar BI, Isteri Terus Buat Nota Macam Dekat Sekolah

Masa zaman persekolahan dulu, mesti korang ada belajar mengenai basic grammar terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris.

Nota ringkas yang dibuat oleh guru matapelajaran tersebut adalah bertujuan untuk memudahkan para pelajar memahami perkara yang ingin di sampaikan.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai kisah seorang wanita yang sanggup membuat semula nota English ringkas sama macam di zaman persekolahan apabila di minta oleh suaminya.

Memang dah jadi lumrah, apabila jika sudah hidup berpasangan kita akan saling bantu membantu antara satu sama lain. Ini secara tidak langsung akan menjadikan hubungan yang dibina akan menjadi lebih erat.

Wanita yang dikenali sebagai @Bellazamir telah memuat naik sekeping gambar yang penuh dengan nota basic english.

Kalau you ajar I English dari basic boleh? I nak grow dalam career I kena pandai cakap English”

Menurut Bella, suaminya itu pada mulanya hanya meminta bantuan dia untuk mengajar Bahasa Inggeris dari permulaan kerana dia mahu lebih mahir dalam bahasa itu.

Namun begitu, mungkin melalui tweetnya itu ada juga netizen yang sanggup memandang rendah dan menyangka bahawa suami Bella langsung tidak mengetahui mengenai Bahasa Inggeris.

Lalu, Bella ada memuat naik penjelasan yang mengatakan bahawa suaminya itu bukannya langsung tidak mengetahui Bahasa Inggeris, namun dia hanya ingin belajar dengan lebih mendalam mengenai bahasa itu.

Bukan itu sahaja, di sebalik ada individu yang memandang rendah dengan suaminya itu, masih ramai lagi netizen yang teruja dengan cara dan tindakan Bella untuk mengajar suaminya itu dalam subjek Bahasa Inggeris.

Wahh, min pun teruja bila tengok nota tu. Memang mengimbau zaman sekolah la.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Bagusnya, support husband” – Suami Buat Permintaan Untuk Belajar BI, Isteri Terus Buat Nota Macam Dekat Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*