Ramai Tertiipu! Pemilik Akaun Instagram Kareena Kapoor Ini Rupanya Orang Indonesia

Sebenarnya ramai peminat artis Bollwood termasuk Murai.my juga yang percaya bahawa akaun dengan nama @therealkareenakapoor dan mempunyai 4.9 juta pengikut ini benar-benar akaun yang dimiliki oleh aktres jelita Kareena Kapoor.

Manakan tidak, ramai media yang menjadikan akaun @therealkareenakapoor sebagai rujukan. Akibatnya ia menjadi bahan ketawa kepada para peminat Kareena di India.

Ini kerana di India sendiri, sudah diketahui bahawa Kareena Kapoor tidak mempunyai akaun media sosial. Sama ada Facebook, Twitter atau Instagram.

Bila disiasat menerusi profil yang tertera, rupanya pemilik akaun @therealkareenakapoor adalah orang Indonesia yang dikenali dengan nama Rey Faja Cahya Anugrah. Lelaki ini sebenarnya yang mengendaikan atau admin kepada akaun Instagram yang disangka milik Kareena.

Dipetik dari IntipSeleb, pemilik Instagram @reytan_fame ini telah mengurus Instagram @therealkareenakapoor sejak 2014. Sekarang, akaun itu mempunyai 4.9 juta pengikut. Dalam akaun peribadinya (@reytan_fame), Rey menangk4p setiap saat pertemuannya dengan Kareena.

 

Dalam sisi lain, aktres terkenal Bollywood ini mengakui sehingga kini dia masih tidak mempunyai sebarang akaun di media sosial. Menurut laporan Pinkvilla, Kareena berkata, keputusan dia untuk tidak memiliki sebarang akaun di media sosial adalah kemahuan sendiri dan dapat memperbanyakkan masa untuk bersama dengan keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : murai

Be the first to comment on "Ramai Tertiipu! Pemilik Akaun Instagram Kareena Kapoor Ini Rupanya Orang Indonesia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*