Anggun Imbau Kembali Peristiwa 25 Tahun Lalu di Amerika, Yuna & Fazura Terharu!

Dilahirkan di Jakarta, 29 April 1974, Anggun C. Sasmi atau Anggun kini menjadi penyanyi antarabangsa. Kemuculan pertama Anggun sebagai penyanyi bertaraf dunia bermula selepas dia mengeluarkan album berjudul Snow on the Sahara yang diedarkan di 33 negara.

Melalui album tersebut, Anggun dikenali di seluruh dunia dengan hits “Snow on the Sahara” dan “A Rose in the Wind”. Anggun kemudian melahirkan banyak album yang berjaya seperti Chrysalis dan Luminescence.

Reputasi Anggun semakin mantap di persada dunia antarabangsa. Dia dipilih menjadi salah seorang juri dalam beberapa program mencari bakat peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, Anggun telah mengimbau kembali saat dia memulakan karier di luar negara.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#TBT Back in ‘99, I was a 25 year old Indonesian girl and my first English album was released in America! I did endless promo tour around the country, show cases, concerts, opened for incredible artists, featured on prestigious summer festivals and then had this giant opportunity to be on the then biggest daytime tv show, @rosie ♥️ It was my very first national TV in the US, I was nervous and I looked like a baby 😊🙏🏽

A post shared by Anggun Official (@anggun_cipta) on

Melalui akaun Instagram peribadinya, Anggun memuat naik enam video mempromosikan album debutnya di salah sebuah stesen televisyen kebangsaan di Amerika.

Penyanyi yang telah mengisi soundtrack filem Open Hearts ini memberitahu pada masa itu dia hanya berusia 25 tahun.

“Pada tahun 1999, saya berusia 25 tahun dan Album Inggeris pertama saya dikeluarkan di Amerika. Saya melakukan promosi tur terus menerus diseluruh negeri, buat persembahan, konsert, membuka peluang kolaborasi dengan sejumlah artis, dan juga dijemput menjadi tetamu di sebuah rancangan TV terbesar di Amerika buat pertama kali” tulisnya.

Muat naik ini telah dijawab secara positif oleh beberapa artis ternama termasuk pelakon Nur Fazura, menulis dalam ruang komen, “Yazzz!”. Tidak ketinggalan, penyanyi Malaysia yang juga bertaraf antarabangsa, Yuna, berkata, “Anggun ini sangat mengagumkan” .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : murai

Be the first to comment on "Anggun Imbau Kembali Peristiwa 25 Tahun Lalu di Amerika, Yuna & Fazura Terharu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*