”Bersyukur Diberi Peluang”Emma Maembong Berdoa Temui Jodoh Dapat Membimbingnya

“Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua itu saya anggap sebagai proses pembelajaran dan paling penting, saya terus memandang hari depan. Dalam meniti hidup, pasti akan ada titik hitam yang kita lalui, namun ia tidak pernah membuatkan saya berhenti daripada berusaha menjadi insan lebih baik.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Solekan dan dandanan rambut:!@makeupbydeqsha Busana @ezuwanismail Foto: @blackpepperproduction ✍ @jaydeesm #emanizers #Emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

“Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni dan tetap disayangi peminat, terutama Emanizers,” ujar pelakon Emma Maembong yang menyifatkan setiap episod mencabar yang dilalui sebagai proses mematangkan diri, iarpun perjalanannya sepanjang 2019 dilingkari pelbagai kontroversi.

Emma berkata, dia banyak belajar daripada kontroversi yang berlaku, malah bersyukur masih diberikan Allah peluang mengecap kemanisan ketika diri pernah tewas dengan dugaan. Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, berkata dia juga tidak kesal apabila ditakdirkan masih sendiri selepas beberapa episod percintaan yang dilalui berakhir dengan perpisahan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

emi da sihat hehe 🤪

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Akur tuah belum menyebelahi untuk bertemu cinta sejati, Emma berkata, sama seperti wanita lain, dia turut berdoa dipertemukan dengan lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik: “Saya tidak memilih dalam berkawan, cuma ketika ini, saya dahulukan fokus untuk mencari rezeki. Saya belum puas berlakon dan berharap dapat menambah ilmu untuk memperbaiki diri dalam bidang ini”.

Nama pelakon itu kembali menjadi sebutan ramai apabila lakonannya dalam drama, ‘Cemburu Seorang Perempuan’ mendapat pujian. Watak antagonis yang dibawa kakak kepada Chacha Maembong itu berjaya membuat penonton membencinya, sekali gus membuktikan sisi berbeza Emma sebagai pelakon.

“Saya mahu keluar dari zon selesa dan terus mencabar diri. Saya cuba elakkan watak klise, tetapi tidak menolak, jika masih diberi kepercayaan membawa watak baik,” kata Emma yang sekali lagi bakal digandingkan dengan Alvin Chong dalam drama ‘Tolong Sempurnakan Cerita Mami’ selepas mereka sebelum ini digandingkan dalam drama ‘Awak Suka Saya Tak?’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Pisang Daily

Sumber:BH via Note Untuk Awak

Be the first to comment on "”Bersyukur Diberi Peluang”Emma Maembong Berdoa Temui Jodoh Dapat Membimbingnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*