Nad Zainal harap dapat bekerja semula Mac ini

Kuala Lumpur: Nad Zainal berhasrat untuk mula bekerja dalam bidang lakonan Mac ini sekiranya keadaan kesihatannya mengizinkan.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berharap segala yang dirancang untuk tahun ini dapat dilaksanakan.

“Bukan sekadar berlakon saja, saya juga berharap diberikan kesihatan yang baik. Saya mempunyai banyak perancangan nak dibuat untuk tahun ini.

“Jadi, saya harapkan segala perancangan itu dipermudahkan. Saya juga harap dapat beri lebih tumpuan kepada keluarga saya. Insya-Allah jika tiada arah melintang dan kesihatan pun dalam keadaan baik, mungkin dah boleh mula kerja pada bulan Mac,” katanya.

Hampir empat minggu menerima rawatan di hospital termasuk ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru, Nad berkata, dia mahu mengambil peluang sekarang untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Ini kerana kita tidak dapat menjangka jadual pada masa hadapan. Siapa tahu mungkin selepas ini saya akan kembali sibuk,” katanya.

Terdahulu, Nad dirawat di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Nad Zainal harap dapat bekerja semula Mac ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*