Chef Wan upah jururawat peribadi RM6,000, jaga ibu sakit demensia

Kuala Lumpur: Ikon masakan popular, Datuk Chef Wan meletakkan keutamaan soal kesihatan ibunya, Noraini Abdullah yang menghidap demensia dengan membayar jururawat peribadi hampir RM6,000 setiap bulan.

Bagi memastikan kesihatan dan keselesaan ibunya yang sudah mencecah 90 tahun dijaga rapi, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail sanggup berhabis saban bulan.

“Banyak beza antara pembantu rumah dengan jururawat profesional yang tahu bagaimana menguruskan demensia atau kehilangan memori dan pesakit kanser.

“Bagi saya tidak mengapalah, sebab duit boleh dicari tetapi ibu adalah segala-galanya bagi saya.

“Kita semua kena selalu berikan penjagaan terbaik selagi boleh untuk membolehkan dia gembira dan selesa. Tak payah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi.

“Ibu bersama jururawat demensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama empat tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat,” katanya.

Menurut cef selebriti popular itu, biarpun tugas jururawat berkenaan hanya pada sebelah siang, namun dia lebih selesa ibunya dipantau pakar.

Akuinya, dia sanggup memanfaatkan pendapatan kepada ibunya yang mesra disapa Che Ani kerana baginya wang boleh dicari, namun seorang emak adalah satu-satunya perkara paling bermakna dalam hidup.

“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari iaitu sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT (bayaran kerja lebih masa).

“Biar mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika mak saya masih sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.

“Buat masa ini hanya waktu siang saja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah  masih boleh untuk mengendalikannya,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Chef Wan upah jururawat peribadi RM6,000, jaga ibu sakit demensia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*