Tabung Kecema$an Nad Zainal Dilancarkan Bertujuan Untuk Ringankan Beb4n Keluarga

Satu tabung kecema$an mengutip sumbangan buat pelakon Nad Zainal yang masih dir4wat di Un1t Raw4tan Rap1 (ICU) sebuah hospital swasta dilancarkan.Tabung berkenaan bagi menampung kos raw4tan pelakon itu sejak dimasukkan ke hospital lebih seminggu lalu.

Kewujudan tabung tersebut dikongsikan pengarah dan juga penerbit Shahrulezad menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya. “Ramai sudah maklum mengenai pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di wad ICU sejak minggu lalu.

Tabung Kecemasan ini adalah insiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan

di hospital pakar, sekali gus membantu meringankan beb4n keluarganya.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk membantu,” tulis pengarah drama Cina Buta itu.

Pada masa sama, Shahrulezad turut meminta orang ramai menguar-uarkan kutipan derma tersebut, selain tidak putus berdoa agar Nad kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

“Jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pul1h sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post (perkongsian) ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” katanya.

Penderma yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq menggunakan nombor akaun, 8604978484.

Dalam hantaran sama, pemilik rumah produksi RadiusOne itu turut berkongsi alamat e-mel, nfo@assiddiqaid.com untuk penderma memberikan resit sebagai bukti sumbangan.

Terdahulu ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri Isnin lalu akibat pendarahan paru-paru dan diintubasi bagi merehatkannya.

Selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin semakin menunjukkan perkembangan positif dan difahamkan sudah beberapa kali membuka mata.

Biarpun hanya dalam tempoh singkat, kondisi terkini yang ditunjukkan pelakon Dendam Seorang Isteri itu nyata memberi kegembiraan buat semua.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Tabung Kecema$an Nad Zainal Dilancarkan Bertujuan Untuk Ringankan Beb4n Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*