[VIDEO] “Ped1h hati sorg ibu, kehilangan ank” – Pulang dari Mekah diiringi tangisan

Kepulangan seorang ibu dari kota Mekah ke tanah air disambut dengan tangisan apabila anaknya men1nggal dun1a setelah dua hari beliau pergi menunaikan ibadah haji.

Menerusi perkongsian @ellellell7 di laman TikTok, memaparkan wanita itu tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan memeluk erat ahli keluarganya.

Difahamkan, anaknya itu sempat menghantar ibunya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah haji sebelum men1nggal dun1a dua hari selepas itu.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib, dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakakku, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia.

“Kami sayangkan kamu kakak, abah anak-anak dan adik-adik sentiasa bersamamu di sisi, Haiqal ibu dah balik, Al-fatihah,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai turut sebak melihat dengan nasib menimpa wanita tersebut.

Video:

“Allahuakbar seb4k rasanya, semoga ibu tabah ye. Syurga tempat anaknya. Berkat doa ibu semasa menunaikan haji,” kata @MamaArissaAriz.

“Pedih hati seorang ibu kehilangan anak kuatkan hatinya Allah, sedih,” ujar @Noorain Taha.

Sementara itu, @aoriyen berharap agar wanita itu tabah dalam menempuh segala ujian.

“Besar ujian makcik ini, mudah-mudahan makcik tabah dan sabar,” jelasnya.

Komen Netizen:

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : kosmo

Be the first to comment on "[VIDEO] “Ped1h hati sorg ibu, kehilangan ank” – Pulang dari Mekah diiringi tangisan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*