Tiba Tiba Dapat Satu Soalan Tentang Perhubungan Lelaki Macam Mana Yang Sepatutnya Kita Elak, Kini Shila Amzah Tampil Dedah Jawapannya

Penyanyi Shila Amzah menitipkan nasihat agar golongan wanita di luar sana berhati-hati dengan lelaki yang bersifat panas baran serta pemarah. Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Shila membalas pertanyaan pengikutnya mengenai ciri-ciri lelaki yang dianggap red flag (bahaya) dalam sebuah perhubungan.

“Saya tidak suka lelaki panas baran, k.4ki m.4ki dan pvkul serta langsung tidak mempunyai common sense (masuk akal),” tulisnya. Jawapan spontan pelantun lagu Patah Seribu itu mendapat sokongan daripada warganet yang turut mengakui travma sekiranya berdepan dengan lelaki panas baran dan k.4ki pvkul. Dalam perkongsian berbeza, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, mengakui dia turut pernah berdepan dalam situasi sama yang mana lelaki yang dikenalinya itu nampak romantik tetapi sebenarnya ibarat jauh panggang dari api.

“Pernah melaluinya, memang seram. Mereka ini memang nampak romantis, manis. Memang bahaya, anda semua perlu berhati-hati,” jawabnya lagi. Terdahulu, Shila yang merupakan anak kepada penyanyi dan komposer, Datuk ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan berpisah Februari baru-baru ini. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais yang kini berusia setahun.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : K! ONLINE

Be the first to comment on "Tiba Tiba Dapat Satu Soalan Tentang Perhubungan Lelaki Macam Mana Yang Sepatutnya Kita Elak, Kini Shila Amzah Tampil Dedah Jawapannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*