“Yalah, baru saja bercerai dengan mak..” – Anak Azri Iskandar Luah Perasaan Pada Nya

Keputusan pelakon Azri Iskandar ingin berkahwin selepas 25 hari bercerai dengan bekas isterinya, Ellie Suriaty menyebabkan anak lelaki mereka, Azrell Omar Iskandar tampil untuk membuka mulut dan meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan bapanya.

Menurut Azrell, dia bersama adik-beradiknya tidak begitu setuju dengan hasrat bapanya untuk berkahwin dengan Azra kerana penceraiannya bersama Ellie dikatakan masih terlalu baru lagi.

Secara dasarnya, kami adik-beradik tak setuju sangat. Iyalah, baru saja bercerai dengan mak yang masih dalam tempoh edah. Jadi bagi kami, faktanya ialah, dia macam tak hormat tempoh edah mak.

Lagipun, saya, kakak-kakak dan abang, fikir sebenarnya ayah patut ambil masa selepas bercerai itu untuk fokus kerjaya dulu. Bukan terburu-buru untuk kahwin. Paling tidak pun, hormatilah tempoh ini.

Apabila ditanya sama ada dia dan adik-beradiknya ada bercakap mengenai perkara tersebut dengan bapa mereka, Azrell meluahkan rasa risau jika ia membawa salah faham.

Kami dah cuba untuk cakap dengan dia, tapi macam takut dia salah faham.Takut dia terasa sebab boleh dikatakan sekarang ini, apa yang dia buat ini macam tanpa sedar.

Contoh, pasal perempuan bernama F itu pun, saya pun tak tahu ayah saya main Facebook kenal dengan siapa. Tahu-tahu muncul cerita pasal F , itulah, inilah.

Walau bagaimanapun, Azrell reda jika bapanya tetap meneruskan perkahwinannya, namun berharap agar Azri akan menghormati tempoh edah ibunya.

Azrell anggap ibunya seorang yang kuat

Dalam pada itu, Azrell menganggap ibunya adalah seorang wanita yang kuat dan kini sedang fokus pada benda-benda yang positif serta kerjayanya.

Kalau dia nak pegang perasaan atau apa sahaja yang dia fikir tentang hal ini, saya rasa ia pun tak akan jadi bagus untuk dia.

Sekarang ini pun dia tengah siapkan skrip untuk job barunya.Saya memang nasihatkan dia untuk fokus kerja dan kami semua, adik-beradik akan sentiasa bagi semangat dan sokong dia.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: utusan

Be the first to comment on "“Yalah, baru saja bercerai dengan mak..” – Anak Azri Iskandar Luah Perasaan Pada Nya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*