Dem4m sikit pun nangis, adik manja buat keputusan besar derma org4n untuk kakak! Kini boleh terus travel bersama

BUKAN hanya mempunyai pertalian darah sebagai adik dan kakak, kini dua wanita ini berkongsi buah pinggang yang sama.

Begitulah kasih seorang adik kerana sanggup berkorban mendermakan sebelah buah pinggang kepada kakaknya yang menghadapi masalah kegagalan org4n itu.

Perkongsian video di laman sosial mengenai dua beradik ini menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang meruntun jiwa netizen.

Bercakap kepada mStar, Wan Nor Atikah Che Wan Mohd Rozali berkata, dia menghid4p peny4kit buah pinggang tahap akhir selepas didi4gnosis pada 2018.

Hubungan Ika (kiri) dan adik perempuannya sangat rapat.

“Jujurnya, saya sedih dan mendiamkan diri selama dua bulan. Saya tidak bersosial kerana kebetulan bekerja dari rumah, akaun media sosial pun tak update,” katanya ketika dihubungi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Lebih mesra disapa Ika, katanya, keadaannya itu ternyata membimbangkan adik perempuan yang begitu rapat dengannya, Wan Norsyafikah, 28.

“Adik selalu contact saya beri semangat. Dia kata jangan merajuk dan marah. Saya sebenarnya tak merajuk atau marah, cuma nak ambil masa bersendirian.

Masing-masing bersedia untuk menjalani pembedahan.

“Apabila adik nak derma buah pinggangnya, saya bersyukur. Tapi saya risau keadaan dia ketika itu kurang setahun selepas melahirkan anak sulung,” ujarnya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia akur tawaran yang dibuat adiknya itu atas dasar kasih sayang dan hubungan mereka yang sangat rapat sejak kecil.

“Sejak sebelum kahwin kami selalu travel sama-sama. Dah kahwin pun masih travel sama bawa suami masing-masing. Adik pernah kata bila lagi nak travel macam dulu.

Sebelum masuk ke dewan bed4h.

“Dia tak mahu travel kalau saya tak ikut sekali. Tapi apabila fikir keadaan dia, saya tanya betul ke dik? Kerana sayangkan kakak, itu jawapannya,” kata ibu kepada seorang anak lelaki itu.

Ika yang merupakan seorang petugas kesihatan bersyukur apabila adiknya didapati layak untuk menderma buah pinggang setelah menjalani ujian penilaian.

“Saya bersyukur, gembira dan tak sabar untuk menjalani pembed4han. Tapi risau dengan keadaan adik. Dia kalau sakit sikit, demam sikit pun menangis, apatah lagi pembed4han.

Jika masa saya sakit pun kami rapat, dah berkongsi buah pinggang lagi rapat.

IKA

“Adik memang manja dengan famili, orangnya sensitif. Tapi dia ada keberanian untuk berkorban melakukan major oper4tion demi kakaknya,” katanya yang menyifatkan adiknya sebagai seorang penyayang dan suka membantu orang lain.

Pembed4han pemindahan buah pinggang selama enam jam yang dilalui Ika dan adiknya di Hospital Selayang di Selangor pada 5 Jun lalu berjalan lancar.

“Alhamdulillah, pembed4han berjalan lancar. Saya bersyukur dan terhutang budi. Jika masa saya sakit pun kami rapat, dah berkongsi buah pinggang lagi rapat,” katanya yang turut berterima kasih kepada suami dan seluruh keluarga yang banyak memberi sokongan.

Wajah ceria dua beradik setelah pembedahan berjalan lancar.

Ika yang sedang pulih di hospital berkata, pes4kit tidak seharusnya menganggap diri mereka sebagai pes4kit, sebaliknya perlu bekerja lebih keras berbanding orang lain untuk terus hidup.

“Daripada segi kekeluargaan, nasihat saya adalah jangan tinggalkan famili kita walau apa jua keadaan kerana akhirnya nanti akan cari keluarga kita,” katanya yang berhasrat untuk menunaikan umrah bersama keluarganya dan keluarga adik serta ibu bapa mereka.

Sementara itu rata-rata netizen turut tersentuh dengan perkongsian kisah dua beradik ini di TikTok.

Antara komen netizen di TikTok.

“Kalau aku pun sanggup aku serahkan nyawa.. Asalkan orang yang aku ada sihat dan bahagia. Cukuplah kehilangan ibu dan ayah. Tak sanggup kehilangan yang lain.

“Siapa lagi nak berkorban kalau bukan keluarga sendiri. Semoga ukhwah adik beradik semakin kuat.

“Macam mana pun tetap adik beradik. Talian dar4h kalau ada yang sakit, kita pun terasa juga.

“Kerana kasih dan sayang dia pada kakak, pada family dia melebihi segalanya. Moga diberi kesembuhan sebaik mungkin buat kedua-duanya,” kata netizen.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: mstar

Be the first to comment on "Dem4m sikit pun nangis, adik manja buat keputusan besar derma org4n untuk kakak! Kini boleh terus travel bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*