Tiada Lagi Pengeluaran Caruman Melalui i-Sinar, i-Citra, i-Lestari Atau i-Ceria

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan pengeluaran oleh pencarum setakat ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebagai pengurus dana persaraan, perkara yang perlu diutamakan kini ialah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarumnya.

Tegasnya, tiga skim pengeluaran iaitu i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari juga telah pun berakhir pada bulan lalu.

Oleh itu, KWSP tidak bercadang untuk untuk membenarkan pengeluaran menerusi i-Ceria seperti yang dibentangkan oleh ahli parlimen Jempol beberapa hari lalu.

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 pada Rabu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Xtra, Kosmo

Be the first to comment on "Tiada Lagi Pengeluaran Caruman Melalui i-Sinar, i-Citra, i-Lestari Atau i-Ceria"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*