Dulu Berdua, Noh Hujan Dan Mizz Nina Kini Bertiga Dengan Musa

Mendirikan rumah tangga sejak 2011, mahligai bahagia Noh Hujan dan Mizz Nina kini semakin berseri dengan kehadiran anak angkat mereka, Musa.

Pemilik nama sebenar Sharina Azman itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi Instagram mengatakan sudah tiga bulan Musa bersama mereka dan sudah menjadi mahramnya.

Wanita berusia 42 tahun itu menyifatkan kehadiran Musa adalah jawapan pada doanya serta rahmat indah dalam kehidupan mereka.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

“Noh menyarankan agar kami mengambil anak angkat. Saya ingat lagi, saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka hati dan menerima ikhtiar itu.

“Bukan mudah untuk saya menerima perubahan hidup itu. Saya selalu berdoa, memohon agar Allah melapangkan dan membuka ruang dalam hati saya, agar saya melepaskan perasaan insecurity.

“Agar saya terus percaya pada perancangan dan caraNya. Alhamdulillah, kehadiran Baby Musa membuatkan diri saya sepenuhnya dapat menerima kehadirannya,” kata Nina.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

Terbabit dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan, Nina sering menyaksikan kehidupan dan keadaan kanak-kanak serta bayi yang kehilangan kedua ibu bapa.

Keadaan itu turut mempengaruhi keputusan yang akhirnya bersetuju dengan cadangan suaminya, Noh

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑺𝒉𝒂𝒛𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@officialmizznina)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: cari

Be the first to comment on "Dulu Berdua, Noh Hujan Dan Mizz Nina Kini Bertiga Dengan Musa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*