Umur Dah 50 Tahun Tapi Badan Masih Tiptop. Maria Farida Akhirnya Ceritakn Apa Sebenarnya Dia Dah Buat

Sebut sahaja nama Maria Farida, pasti setiap orang terutama kaum lelaki akan terbayang kejelitaan aktres berwajah pan asia ini.

Malah mungkin juga ramai tidak menjangka bahawa aktres jelita bergelar Datin Seri itu sudah menginjak usia 50 tahun.

Meskipun ramai memuji wajah seperti di usia 30-an, Maria Faria mengatakan beliau tidak pernah melakukan sebarang sunt1ikan atau pembedhan kosmetik pada wajahnya.

Menurut pelakon filem Bisikan Cinta ini, dia tidak mempercayai rawatan kecantikan moden, sebaliknya lebih selesa mengamalkan rutin secara tradisional.

” Saya pernah menerima mesej dari pengikut di laman sosial yang meminta tips untuk melakukan pembed4han kosmetik, sudah tentu saya tak tahu perkara sebegitu.

” Sehingga usia 50 tahun ini, saya hanya mengamalkan rutin kecantikan secara tradisional, bagi saya, kadang-kadang bila saya kata saya tak lakukan apa-apa suntikan atau pembedahan kosmetik, orang tak percaya.

” Saya tak boleh lakukan apa-apa untuk buat orang percaya, kerana kebanyakan orang, mereka percaya pada apa yang mereka mahu sahaja,” katanya.

Beliau turut ditanya tentang amalan yang sering diamalkan dalam penjagaan diri sehingga kulit wajahnya kelihat begitu mulus meski tanpa sebarang mekap.

” Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk jawab kerana saya memang tidak mempunyai amalan khusus.

” Percayalah, semua yang ada ini semula jadi. Malah, untuk penjagaan kulit pun saya tidak punya set produk lengkap.

” Rutin jaga kulit saya cukup dengan mencuci muka dengan pencuci mekap yang berpelembap. Saya punya kulit sens1tif, tiada produk yang sesuai dengan kulit saya.

” Saya rasa apa yang saya miliki ini mungkin daripada faktor gene3tik ibu dan nenek kerana nenek saya pun masih nampak muda walau sudah lanjut usianya.

” Saya rasa apa yang penting adalah sentiasa rasa gembira dan jalani kehidupan yang sihat. Dan kecantikan itu akan datang dengan sendirinya.

Bagaimana jaga badan macam anak d4ra?

Maria kemudian ditanya tentang bagaimana dengan penjagaan badannya yang ramping seperti anak d4ra.

” Saya sejenis yang kuat makan. Saya akan makan apa sahaja dan tiada pantang-larangnya.

” Cuma saya hadkan pengambilan nasi seperti sekali sehari. Yang lain-lain tu saya makan saja, terutamanya dessert.

” Saya bertuah kerana sejak muda saya mempunyai kadar metaboIisme yang tinggi, mungkin itu penyumbang kepada berat badan saya yang tidak berubah.

” Paling berat pernah saya alami adalah 55kg, itu pun dah rasa gmuk sangat.

” Dan, sekarang berat saya sekitar 51 kg. Saya juga tidak ke gimnasium.

” Mungkin, rutin harian saya yang sibuk dan selalu ke sana sini membuatkan saya mudah membakar Iemak dan kaIori yang ada..” akhiri Maria

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Umur Dah 50 Tahun Tapi Badan Masih Tiptop. Maria Farida Akhirnya Ceritakn Apa Sebenarnya Dia Dah Buat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*