“Krit1kan Netizen Memang Menyak1tkan Hati Tetapi…,” – Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah menyifatkan krit1kan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen menjadi peringatan buat diri seterusnya cuba memperbaiki untuk jadi lebih baik.

Mengakui kata-kata yang diterima mulanya memedihkan, pelantun lagu Manis ini cuba menggunakan perkara terbabit sebagai pembakar semangat bergelar anak seni.

“Sebagai manusia, saya tak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan.

“Pada awalnya, krit1kan netizen memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya. Saya mahu terus memperbaiki diri,” kata Sarah.

Menyambut hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah berazam mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling.

“Sempena hari jadi, saya berharap agar dikurniakan umur panjang, kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rezeki yang melimpah.

“Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan,” katanya lagi.

Terdahulu, Sarah dikejutkan oleh majlis sambutan hari lahir pada minggu lalu dan suaminya, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga puluhan ribu untuk isteri tercinta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: MH

Be the first to comment on "“Krit1kan Netizen Memang Menyak1tkan Hati Tetapi…,” – Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*