Tak ambil mudah, Rizman Ruzaini berikrar siapkan PPE dengan kemas!

Berikutan situasi dihadapi negara sekarang dengan w4bak Cov1d-19, dapat diperhatikan ramai pereka fesyen terkenal bersama berganding bahu untuk membantu memerangi dengan menghasilkan pakaian perlindungan diri (PPE) kepada barisan hadapan.

Antara yang menjadi perhatian, pereka fesyen Rizman dan Ruzaini dimana rekaan pakaian perlindungan diri (PPE)  mereka juga tular sejak beberapa hari.

Ini kerana, ramai kagum dengan hasil rekaan mereka dimana pereka fesyen ini juga memberitahu mereka berikrar untuk menyudahkan PPE dengan kemas selain tidak mengambil mudah tentang keselesaan dan kualiti.

Seperti yang semua tahu, Rizman Ruzaini merupakan antara pereka fesyen yang gemar menghasilkan rekaan cantik buat para selebriti. Walau bagaimanapun, hasil rekaannya dalam menghasilkan pakaian perlindungan diri (PPE) buat frontliners membuatkan ramai kagum.

“Daripada Gaun Karpet Merah renda Perancis ke scrubs PPE, Rizman Ruzaini berikrar untuk menyudahkan PPE dengan kemas dan tidak mengambil mudah perihal keselesaan dan kualiti…”

Menghargai jasa frontliners, apa yang dilakukan oleh pereka fesyen ini membuatkan orang ramai turut sama memuji tindakan mereka selain rekaan mereka juga mendapat perhatian luar biasa ramai apabila hasilnya sangat cantik.

“Malaysian frontliners deserve our very best, and we aim to give them what they deserve”

“Berjam-jam on their feet, kejauhan daripada suami, isteri dan yang tersayang, ini kado hati kami buat superhero. The may not wear capes, but they deserve to wear a medal!.”

Ini reaksi ramai setelah melihat perkongsian mereka dilaman Instagram selain ribuan tanda suka dan pelbagai respon positif juga ditinggalkan menerusi ruangan komen.

Reaksi ramai

Sumber: Instagram Rizman Ruzaini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "Tak ambil mudah, Rizman Ruzaini berikrar siapkan PPE dengan kemas!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*