“Cukup ke bah?”

Kesusahan dan kesempitan hidup bukanlah pilihan setiap orang. Tetapi bagaimana kita bersyukur dengan apa yang kita ada adalah sesuatu yang luar biasa. Itu adalah saIah satu contoh yang ditunjukkan oleh seorang bapa kepada anaknya tatkala bantuan datang kepada mereka.

Perkongsian itu dibuat oleh seorang lelaki di Twitter, Muhammad Adzim Bin Abdul Azaiz, dia bersama-sama rakan-rakanya membuat inisiatif membantu golongan gelandangan di musim cov1d-19. Kita tahu ramai yang terkesan dalam keadaan sekarang ini, walaupun kerajaan telah memberikan sumbangan Bantuan Prihatin Nasional tetapi percayalah masih ada yang tercicir kerana sebab-sebab tertentu.

Mereka membuat rondaan di sekitar Kualau Lumpur dan melalui satu video yang dimuat naik, mereka terserempak dengan seorang bapa yang dalam keadaan berkerusi roda ditolak oleh anaknya yang berumur tujuh tahun. Mereka ini kemudian berhenti untuk memberi bantuan kepada dua beranak ini. Dalam situasi tersebut ada kejadian yang mampu beri keinsafan buat kita semua.

Dah 10 tahun kaki patah, anak berumur 7 tahun yang menolak kesana kesini.

Tulang dah patah, besi yang menggantikan tulang pun dah patah. Tunggu wheelchair je patah.

Anak: “Cukup ke bah?”

Abah: “Eh cukup la, bagi la orang lain pula ramai lagi tak dapat.”

Dalam keadaan begitu, si Ayah mampu menunjukkan contoh yang sangat baik. Tiada apa yang lebih indah dalam dunia ini bila kau dapat rasa apa itu cukup dan bersyukur. Tak semua orang boleh rasa keindahan itu.

Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada warga twitter. Rata-rata terharu dan dalam masa yang sama kagum dengan peribadi yang ditunjukkan oleh seorang bapa.

Sedih aku tengok bapa dan anak ni. hmm itupun dia masih fikirkan orang lain. betul lah orang cakap hidup ni kita kena sentiasa bersyukur.

Orang yg menerima rasa cukup sangat dah, kita yg rezeki sentiasa ada ni pun kadang rasa serba tak mencukupi.

Semoga Allah merahm4ti usaha dan budi kalian .. aamiiiin

Sayu je hati bila ayah dia pesan ‘ cukuplah,bagi orang lain pulak’

ya Allah dalam keadaan mcmtu pun dia masih ingat orang lain , kita ni dalam keadaan susah ke senang ke ada ke nak toleh orang lain? haih semoga dipermudahkan and semoga yang membantu mereka dpermudahkan sgala & dmurahkan rezeki amin amin

Terima kasih kerana turun padang membantu golonga-golongan yang memerlukan. Semoga apa yang anda lakukan ini menjadi inspirasi kepaa orang lain di luar sana. Jika ada yang ingin membantu boleh la menghubungi mereka di Twitter. Mereka juga akan berada di sekitar Pasar Seni setiap hari pada pukul 4 petang.

Vide0 1:

Video 2 :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Kasi Share

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Warta Harian

Be the first to comment on "“Cukup ke bah?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*