Air Asia Sambung Penerbangan Hujung Bulan Ini, Berita Baik Buat ‘Travellers’?

Selepas sekian lama menangguhkan operasi perniagaan, AirAsia dilaporkan akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan domestik terpilih yang dijadualkan akan beroperasi seawal 29 April ini.

Bagi penerbangan antarabangsa pula, AirAsia akan melakukannya secara berperingkat apabila keaadaan dunia semakin sembuh daripada jangk1tan C0vid-19.

“Penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Pelanggan juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini”

Terang pihak AirAsia lagi, maklumat terperinci berkenaan laluan dan jadual penerbangan akan diumumkan pada masa akan datang, bergantung kepada kelulusan daripada pihak kerajaan.

Menurut Presiden Kumpulan AirAsia, Bo Lingam, pihak AirAsia akan mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan. Malah, AirAsia juga akan mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Adakah ini berita baik buat travellers atau satu lagi episod mimpi ngeri buat kita semua?

Kredit: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "Air Asia Sambung Penerbangan Hujung Bulan Ini, Berita Baik Buat ‘Travellers’?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*