Empat hari dem4m, Bella Astillah syukur neg4tif Cov1d-19, ulas dakwa4an sudah berbaik dengan Aliff Aziz – “Bukan niat saya nak men1pu…

BIMBANG dij4ngkiti w4bak Cov1d-19 berikutan mengalami dem4m, pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat keputusan untuk melakukan ujian saringan sebaik sahaja berasa tidak sihat.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, berkata dia sudah menerima keputusan ujian tersebut pada Rabu dan disahkan dirinya bebas daripada wab4k tersebut.

Malah, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini juga menjalani pemeriksaan di sebuah klinik untuk memastikan keadaan kesihatannya.

Bella bersyukur disahkan neg4tif Cov1d-19.

“Sebenarnya saya dah tiga, empat hari juga tak sih4t. Tapi masa hari pertama rasa badan tak sih4t, saya terus pergi buat pemeriksaan dan lakukan ujian saringan wab4k Cov1d-19.

“Bimbang juga, kalau-kalau saya ada simpton wab4k tersebut. Alhamdulillah, saya sudah dapat keputusan ujian dan saya disahkan neg4tif Cov1d-19.

“Selepas itu, saya ada bertemu doktor di klinik untuk periksa keadaan kesihatan saya. Doktor kata tekak saya merah dan sedikit bengk4k. Mungkin disebabkan saya kurang minum air.

“Bibir saya pun jadi bengk4k disebabkan ada uls3r. Jadi, jangan risau saya hanya dem4m biasa sahaja,” katanya kepada mStar.

 

Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi.

BELLA ASTILLAH

PELAKON DAN PENYANYI

Sebelum itu, IG Live bersama mStar, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang melihat Bella yang tidak henti batvk sepanjang sesi temu bual tersebut.

Selain kebimbangan mengenai kesihatannya, ada juga segelintir peminat yang ingin mengetahui status hubungan Bella dengan bek4s suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz.

Malah, bait-bait lirik lagu terbaharunya judul Tenang juga dilihat seakan-akan memberi gambaran hubungan pasangan itu sudah kembali pulih selepas dilanda kontr0versi.

Bella menjelaskan lagu tersebut tidak ada kena mengena dengan hubungan mereka dan dia memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya.

“Semua orang tahu keadaan saya sebelum ini pernah terlvka tapi dalam masa yang sama apa yang terjadi mematangkan dan membangunkan semangat saya semula.

Bella dan Aliff bersama anak mereka, Ayden.

“Tapi lagu itu tak ada kena mengena dengan hubungan saya. Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi dan orang sendiri tak tahu bila kami berbaik.

“Bukan niat saya nak men1pu, tapi saya belajar daripada kesilapan yang lalu yang selalu kongsi semua benda tentang peribadi di laman sosial. Jadi, saya lebih berhati-hati dan kurangkan kongsi pasal hal peribadi.

“Bukan waktu yang sesuai untuk umumkan apa-apa. Saya nak hormat kedua belah keluarga yang sudah berbincang dan kalau ada rezeki, Insya-Allah saya dan Aliff akan kongsikan,” ujarnya.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk berc3rai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali k4ntoi cur4ng.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Mstar

Be the first to comment on "Empat hari dem4m, Bella Astillah syukur neg4tif Cov1d-19, ulas dakwa4an sudah berbaik dengan Aliff Aziz – “Bukan niat saya nak men1pu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*