Fasha Sandha Sambut Hari Lahir Anak, Sekali Bekas Suami Pun Ada Buat Ramai Pelik

Aktres Fasha Sandha berkongsi video sambutan hari lahir anak sulungnya, Putra Rayfal yang ke-7 di laman Instagram.

Hari istimewa itu diraikan bersama suami, Aidil Aziz dan dua orang anaknya di rumah.

Fasha juga ada menulis ucapan istimewa buat Rayfal di ruangan kapsyen.

“Selamat hari lahir sayang #rayfalturns7, we love you so much sayang.

“Apa pun keadaan kita, kita harus bersyukur, yang penting, kita semua hidup dalam kasih sayang,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Fasha di ruangan komen.

Rata-rata mereka turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan untuk Rayfal.

Memandangkan bekas suami Fasha, Jejai turut kelihatan dalam video itu, ada juga yang memuji sikap mereka yang masih mengutamakan anak meskipun sudah berpisah.

“Inilah buktinya ibu bapa yang berpisah, namun tidak mementingkan diri, kebahagiaan anak-anak menjadi keutamaan.

“Setiap kali hari lahir anak Fasha saya suka baca notes dari daddy diorang.

“Bertuah Rayfal ada Dada dan Ayah,” tulis netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I love you my little hero , Rayfal, my aries boy! 😊 Happy birthday Sayang #rayfalturns7 We love you so much sayang. Apa pun keadaan kita, kita harus bersyukur, yang penting, kita semua hidup dalam kasih sayang ❤️♈️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

 

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Sebelum itu, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau Jejai

Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktak pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Fasha Sandha Sambut Hari Lahir Anak, Sekali Bekas Suami Pun Ada Buat Ramai Pelik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*