Aliff Syukri terkejut permohonan BPN tidak lulus – “Bukan orang biasa sahaja tertekan, jualan saya merudum 90 peratus”

Aliff terkejut permohonan BPN tidak diluluskan.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila mengetahui dia tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

Menurut Aliff, sebagai usahawan dia turut terkesan apabila jualan perniagaannya merudum tervk akib4t penularan wab4k Cov1d-19 ini.

 

“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan… saja nak semak!

“Saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) juga turut merasai, rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan?

“Ketika wab4k ini berlaku jualan saya jatuh merudum 90 peratus, hampir semua bisnes tutup. Saya amat sedih dalam keadaan ini dan berharap rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan untuk mempercepatkan proses ini,” katanya menerusi laman Instagram pada Selasa.

Perkongsian Aliff Syukri di Instagram menarik perhatian pengikut.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini turut berkongsi paparan skrin status semakan permohonan BPN yang dilakukan olehnya di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri.

 

Sementara itu, Aliff berharap kerajaan dapat membantu peniaga sepertinya yang turut terkesan akib4t penul4ran wab4k Cov1d-19.

“Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak banyak tapi sedikit.

Aliff akui jualan perniagaannya jatuh merudum kerana Cov1d-19.

“Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya, IKS yang lain untuk meringankan beban kami,” ujarnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkr1tik tindakan Aliff membuat permohonan bantuan itu.

“Tak payah terkejut sangatlah… harta dah berjuta memang tak dapat Datuk! Cuba duduk rumah setinggan pakai kereta kancil mesti dapat.

“Datuk dah terlebih mampu, bagilah mereka yang lebih memerlukan dekat luar sana. Apa niat Datuk nak tunjuk tak layak tu?,” komen pengikut.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! pisang daily

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Aliff Syukri terkejut permohonan BPN tidak lulus – “Bukan orang biasa sahaja tertekan, jualan saya merudum 90 peratus”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*