Ini Koleksi Lucu Ragam Rakyat Malaysia Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksana

Rakyat Malaysia pada ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat

Perintah tersebut telah dimulakan sejak dari 18 Mac lalu dan dijangka berakhir pada 14 April ini.

Susulan daripada penguatkuasaan perintah itu, kesemua rakyat Malaysia dikehendaki untuk membataskan pergerakan dan kekal berada di dalam rumah dalam tempoh tersebut.

Namun pengecualian tetap diberikan kepada mereka yang terpaksa bekerja bagi sektor tertentu dan juga ketua keluarga yang berniat untuk membeli barang keperluan rumah di kedai runcit mahupun pasar raya.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh ini rata-rata rakyat Malaysia yang bekerja kebanyakannya melakukan pekerjaan mereka di rumah atau dalam bahasa mudahnya, work from home seiring dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Tular di media sosial pelbagai ragam rakyat Malaysia yang sungguh mencuit hati sepanjang tempoh ini

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tempoh yang diberi itu seakan-akan terlalu lama untuk mereka kekal berada di dalam rumah dengan ‘tenang’ dan seperti ‘panas punggung’ untuk lakukan pelbagai perkara dan aktiviti.

Mana tidaknya, pada kebiasaannya, hari mereka banyak dihabiskan di tempat kerja dan bukannya berada di dalam rumah seperti ketika ini.

Bahkan seiring dengan arahan yang telah ditetapkan kerajaan iaitu hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barangan runcit, terdapat juga beberapa aksi lucu yang menunjukkan tingkah laku suami ketika membeli barangan.

Bukan itu sahaja, pada ketika inilah suami mula memainkan peranan menggalas tugas di dapur seperti seorang suri rumah.

Lihat sahaja aksi-aksi di bawah ini, sungguh menghiburkan:

Gambar terkini pada Hari Ke 4.Ni kalau dah puas sangat,TV pun aku basuh jap lagi ni karang. 😆

Posted by Muzaffar Rahman on Saturday, March 21, 2020

Dah macam "Treasure Hunt" pulak aku rasa. Masing-masing duk tengok kertas. Chek point banyak oo.. kena cari sampai dapat…

Posted by Muzaffar Rahman on Saturday, March 21, 2020

Series arr‼️..baru la tau nikmat BAJU KELAWAR ni🤣😂…selesanya lahai nak ngemas umah,memasak …lagi² terlentang tengok…

Posted by Hairul Hady on Saturday, March 21, 2020

Posted by Lara Marina on Sunday, March 22, 2020

Posted by Lara Marina on Sunday, March 22, 2020

Posted by Lara Marina on Sunday, March 22, 2020

I am proud of how proactive and diligent my apartment is #WeAllDoOurPart

Posted by Luqman Hariz on Wednesday, March 18, 2020

Alahai macam-macam ragam rakyat Malaysia ni ya. Tapi Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: says seismik

Be the first to comment on "Ini Koleksi Lucu Ragam Rakyat Malaysia Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilaksana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*