Pernah lalui det1k suk4r, Reza Hasbi tak harap duit bidang seni – “Saya buka warung dan ambil tempahan buat meja makan”

PENGALAMAN berdepan dengan situasi memer1tkan sehingga terpaksa meminta ihs4n ibu bapa pada tahun lalu membuatkan pelakon Reza Hasbi menyesuaikan diri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Reza, 31, sebagai seorang selebriti tidak boleh hanya bergantung kepada pendapatan dari bidang seni sahaja dan perlu membuat persiapan untuk sebarang kemungkinan yang terjadi di masa akan datang.

“Saya pernah melalui cabaran yang lebih t3ruk lagi. Lebih dua bulan tak ada tawaran berlakon dan kehilangan sumber pendapatan sehingga terp4ksa minta tolong ibu bapa.

Reza kini sibuk menyiapkan projek meja makan untuk warungnya.

“Sejujurnya memang ada terk3san juga dengan PKP tapi saya dah biasa. Alhamdulillah, saya belajar daripada pengalaman dan bagi saya, seorang artis kena sentiasa bersiap sedia.

“Sebab itu, saya ada buka warung makan di kampung dan mempunyai simpanan. Sebagai artis, tak boleh bergantung pada bidang seni sahaja, kena sentiasa bersiap sedia.

“Paling penting, kita kena berpijak pada bumi yang nyata dan ukur baju di badan sendiri,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 31 Mei tahun lalu, Reza mendedahkan dia tidak mampu untuk membeli barangan keperluan dua orang anaknya sehingga merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat.

 

Alhamdulillah, saya belajar daripada pengalaman dan bagi saya, seorang artis kena sentiasa bersiap sedia.

REZA HASBI

PELAKON

Sepanjang minggu ini, isu bantuan khusus untuk artis menjadi topik paling hangat diperkatakan di laman sosial sehingga berlakunya perbalahan antara golongan anak seni dan netizen.

Ia berikutan kenyataan selebriti Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu yang menyuarakan pandangan mereka mengenai golongan anak seni terutama belakang tabir dan artis veteran perlu dibantu.

Dalam pada itu, Reza memberitahu dia menganggap perlaksaaan PKP memberi ruang dan peluang untuk dia menyiapkan projek membuat meja makan untuk warungnya yang terletak di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar, Perak.

Reza bersyukur dapat memberi rezeki kepada isteri dan anaknya.

Malah, pelakon drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis ini juga memberitahu dia ada menerima permintaan daripada banyak pihak untuk menempah meja makan daripadanya

“Sebenarnya ada hikmah juga PKP ini dilaksanakan. Saya ada masa untuk menyiapkan projek meja makan untuk warung saya. Sebelum ini, saya sibuk dengan shooting.

“Jadi, alang-alang ada PKP ini saya ada masa nak siapkan semuanya. Alhamdulillah, satu set meja sudah siap dan sekarang saya tengah buat untuk meja dua atau empat orang duduk pula.

“Saya ada terima mesej di DM daripada beberapa pihak yang nak tempah meja makan. Buat masa ini, saya nak siapkan projek saya dahulu tapi Insya-Allah akan terima tempahan pula selepas ini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pernah lalui det1k suk4r, Reza Hasbi tak harap duit bidang seni – “Saya buka warung dan ambil tempahan buat meja makan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*