“It’s a Girl!” – Fasha Sandha Ded4h Jantina Bayi Bakal Lahir

Seperti diketahui umum Fasha Sandha kini sedang h4mil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Aidil Aziz. Pasangan pelakon ini mendirikan mahligai cinta mereka pada penghujung Mac tahun lalu. Terbaru, Fasha Sandha umumkan jantina bayi yang bak4l dilahirkan tidak lama lagi.

Berkongsikan mengenai berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya sendiri, Fasha Sandha merakamkankan rasa syukur dengan anugerah zur1at ini. Menulis menerusi ruangan kapsyen, dia berharap perkongsian ini dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zur1at.

Untuk info sebelum ini Fasha Sandha sendiri pernah diuji dengan keguguran dua kali ketika di awal kehamilan. Namun rezeki buat pasangan pelakon ini untuk mendapat bayi bak4l menjadi realiti apabila Fasha Sandha kini sedang hamil 15 minggu.

Berikut adalah perkongsian dari pelakon ini mengenai proses kehamilannya kali ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni , akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat. Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran diawal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat. Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi.Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor.Kehamilan diusia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahan nya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim)3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat. Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah 😭😊 Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi . Fuh lega 😃Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu) , kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah . Syukur tak terhingga..Sehingga hari ni, diatas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah. Video ni kenangan hanya kami ber4, diatas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan Video drpd @reymokhtar 😊 Hari tu Lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka ber3 ni. Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami.😢. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan ,Team Hosp Umra.Terima Kasih ALLAH.Ini adalah #instaikhlas khas drpd sy untuk membantu ibu2 lain,Cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul. Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA. Kredit Lagu : Hari ini by Dayang &Hael 💖#iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Video perkongsian yang memaparkan saat Fasaha Sandha dedah jantina bayi tersebut pada keluarganya ini telah meraih hampir 100 ribu tontonan tidak sampai sejam dimuatnaik oleh Fasha Sandha.

Di ruangan komen rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

“Alhamdulillah tahiah kak..Semoga baby dengan ibu sihat”

“Alhamdulillah..Happynya..Besar sungguh pengorbanan dan dugaan seorang isteri ni..Time preggy paling best eva…Congrats sistur..Me love u”

“Tahniah…suka tengok family kak fasha..nmpk sangat bahagia”

“Alhamdulillah. Im happy for u kak fasha. Suke tengok akak bahagia sekarang”

 

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HCL

Be the first to comment on "“It’s a Girl!” – Fasha Sandha Ded4h Jantina Bayi Bakal Lahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*