Ashraf Sinclair seorang dermawan

JAKARTA – Pelakon Ashraf Sinclair disifatkan sebagai seorang yang pemurah semasa hayatnya apabila dia menjadi penderma tetap kepada rumah anak y4tim.

Pengurus Yayasan Y4tim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib berkata, sepanjang mengenali Allahy4rham Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 40, beliau adalah insan pemurah dan dermawan, lapor Detik.

Katanya, kehil4ngan Allahy4rham sukar digambarkan dengan kata-kata dan seakan tidak percaya berita pem3rgian suami penyanyi Bunga Citra Lestari itu.

“Dia sangat familiar, baik hati, tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilang4n saat mendapat berita duka ini,” kata Ahmad Habib ketika ditemui di Rumah S4kit Pejaten Barat, Jakarta hari ini.

Menurutnya, Ashraf kerap berkunjung ke yayasan tersebut dan kali terakhir berbuat demikian dua bulan lalu.

“Ini seperti sekolah asrama, jadi bila-bila masa dia boleh datang. Jika dia mahu datang, beliau datang saja. Sangat sering (datang).

“Setiap kali dia dapat rezeki, beliau pasti datang dan memberi rezeki ke kami. Dua bulan lalu kami bertemu, saat itu beliau sihat, baik-baik saja,” katanya.

Ashraf mencipta nama di Indonesia juga mendapat tempat di hati peminat di Malaysia men1nggal dunia akibat serang4n jantvng pada jam 3.45 pagi waktu tempatan.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair, 10.

Allahy4rham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: SINAR HARIAN

Be the first to comment on "Ashraf Sinclair seorang dermawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*