“Keluarga Pun Dah Bagi ‘Green Light’,” – Cinta Jarak Jauh Sama Pramugari, Radin Rancang Tunang Tahun Ini

Pengacara dan penyampai radio, Radin mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Azlina Idris yang juga seorang pramugari.

Namun, mereka masih tidak mempunyai tarikh spesifik buat masa ini.

Meski sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun Radin,30, mempunyai perancangan untuk melakukan majlis merisik dan pertunangan pada tahun ini.

“Perancangan kahwin itu ada, cuma tiada tarikh yang spesifik belum ada sebab masing-masing sibuk dengan tugas. Macam saya sibuk dengan kerja dalam bidang pengacaraan dan DJ radio, dia (kekasih) pula sibuk ‘terbang’ sana sini.

“Dari segi merisik dan ke fasa pertunangan itu, Insyallah saya akan mulakan tahun ini juga.

“Andai kata jodoh itu dicepatkan dalam tahun ini juga, Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, hos ini ditemui di perasmian kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya pada Jumaat.

Saling mengenali lebih dua tahun, Radin juga difahamkan sudah mendapat restu daripada pihak keluarga.

“Saya pun dah bawa dia jumpa keluarga saya, Alhamdulillah, keluarga terima dan merestui hubungan kami. Mereka sudah bagi ‘green light’.

“Saya pun dah jumpa keluarga kedua-dua belah pihak tiada halangan.

“Nak kata ini jodoh pun tak tahu lagi, sebab kami belum disatukan lagi, tetapi apa yang saya ada sekarang adalah yang terbaik untuk diri saya,” jelasnya. 

 

Akui mempunyai cabaran dalam perhubungan cinta jarak jauh, namun pemilik nama penuh Radin Amir Affendy ini tetap positif.

“Bagi saya tiada masalah untuk bercinta jarak jauh kerana masing-masing sibuk dengan tugas. Setakat ini, Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Cumanya susah nak jumpa sajalah. 

“Jadi kami berhubung melalui Face Time, Video Call dan ‘update’ di Intagram masing-masing,” jujurnya yang sentiasa merindui kekasihnya itu.

Radin sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuklah pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat.

Sementara itu, kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep ini bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik antaranya Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth , Maldives, Jeddah, Almaty dan Borocay selama 3 hari 2 malam.

Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut.

Nu-Prep adalah produk yang berasaskan kesihatan lelaki dan wanita.

Maklumat lanjut, boleh layari www.nuprep.com.my

Foto : Instagram Radin

sumber:MH

Be the first to comment on "“Keluarga Pun Dah Bagi ‘Green Light’,” – Cinta Jarak Jauh Sama Pramugari, Radin Rancang Tunang Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*