“Aku Tengok Tahap Keberanian Sajat Buat Aku Ketar Lutut ..” – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesal terhadap usahawan k0ntroversi, Nur Sajat dengan tindakannya mengenakan pakaian jemaah wanita di Makkah ketika mengerjakan umrah.

Kata Sharnaaz, Sajat terl4mpau berani kerana ia bertentangan dengan agama Islam.

“Beraninya mencabar Allah. Allah meninggalkan dia tanpa hukvman kerana Allah ada jalan terbaik untuknya dan kita belajar.

“Aku tengok tahap keberanian Sajat buat aku ketar lutut,” katanya.

Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 mendoakan semoga Sajat kembali ke pangkal jalan.

“Semoga kita belajar sahabat sesama Islam. Dan buat Sajat, segala pintu yang ada untuk mu masih terbuka kanda, rebutlah sementara ia masih terbuka.

 

“Semoga kanda Sajat kembali menjadi khalifah yang dihorm4ti bukan dikeji,” tulisnya lagi.

Sejak pagi Ahad, kecoh di sosial media apabila Sajat mengenakan pakaian wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.

Situasi itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang cuba membongkar pelbagai identiti sebenar Sajat.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  pisang daily

Be the first to comment on "“Aku Tengok Tahap Keberanian Sajat Buat Aku Ketar Lutut ..” – Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*