‘Saya tak ingin bermadu, muktamad’

“SAYA tetap dengan pendirian, saya tak ingin bermadu dan keputusan saya muktamad.” Demikian kata Suhana Hamzah, 34, atau lebih dikenali dengan nama Hanna yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, malam ini.

Gambar Hanna berpakaian serba hitam dan berdiri di hadapan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu itu dimuat naik di IG jam 9.40 malam ini.

Kenyataan yang dimuat naik itu sekali gus mengundang persoalan mengenai status pernikahan Hanna dengan suaminya, Mahyudin Noral Azhar, 35, atau Baa.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah… Selesai step pertama hari ini, semoga Allah mempermudahkan step step yang seterusnya. Tahap ini, saya tetap dengan pendirian saya. Saya tak ingin BERMADU dan keputusan saya muktamad… Doakan kebahagiaan saya.

A post shared by @makeuphana (@hannabaa) on

Melalui status itu, Hanna turut memohon orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya sambil dimulakan ayat dengan ucapan Alhamdulillah.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan daripada Hanna tidak berjaya apabila dia g4gal dihubungi.

Media sosial pada 9 Januari kec0h apabila ibu kepada tiga anak itu mend4kwa suaminya dir4mpas oleh usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya itu.

Menerusi akaun FB bernama Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: HM

 

 

Be the first to comment on "‘Saya tak ingin bermadu, muktamad’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*