Anak, bapa sama-sama bagus! Ramai kagum tengok lelaki dukung bayi sewaktu siaran langsung solat Jumaat

“KITA tak ada dalam situasi tu, kita sendiri tak tahu.”

Demikian antara komen netizen susulan tularnya foto seorang lelaki sedang mendukung bayi, dipercayai anaknya sewaktu siaran langsung solat Jumaat di saluran TV1.

Ia mula menjadi tular setelah dikongsi menerusi laman Facebook Shareen Omar sehingga menerima lebih 2,100 perkongsian.

“Solat Jumaat kat TV tadi, terperasan brother ni gendong anak dia semasa solat Jumaat.

“Alhamdulillah. Terbaik la brother ni. Siapa-siapa yang kenal dia, sampaikan salam aku kat dia ya.

Antara foto yang menjadi tular di Facebook.

“Cakap kat dia, tahniah sebab berjaya dunia dan akhir4t. Dia patut dijadikan contoh wei,” tulis pengendali Facebook itu.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Selain memuji sikap kebapaan lelaki itu, ramai juga yang tertanya-tanya kisah di sebalik foto tersebut sehingga menyebabkan dia terpaksa membawa bayi itu ke masjid bersamanya.

Cakap kat dia, tahniah sebab berjaya dunia dan akhir4t. Dia patut dijadikan contoh wei.
SHAREEN OMAR
PELAYAR FACEBOOK

“Allah bagusnya. Eh macam sebak pula rasa. Ni kan ramai cari tanya, kot bapa tunggal.

“Bagusnya. Tak ada alasan tak boleh solat sebab anak tiada siapa jaga. Pesanan untuk diri sendiri juga.

Lagi foto yang dikongsikan di Facebook.

“Tadi saya pun ada tengok kat TV. Anak dia bagus sangat. Diam je tak kacau ayah solat. Semoga jadi anak soleh nanti baby.

“Sah atau tidak itu urusan dia dengan Allah. Yang penting dia ade effort untuk tunaikan kewajipan,” tulis beberapa netizen.

Selain Facebook, foto itu tular ditularkan di laman Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Anak, bapa sama-sama bagus! Ramai kagum tengok lelaki dukung bayi sewaktu siaran langsung solat Jumaat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*