PU Abu mahu jadi tangan kedua sambut kelahiran anak

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan mengakui teruja dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertama bersama isterinya, Hana Azraa.

Menurut Abu, kandungan isterinya kini sudah memasuki 37 minggu dan sedang menanti waktu untuk dilahirkan.

“Hari ini terbang untuk bertugas sebagai pembimbing jemaah seramai 40 orang demi sesuap nasi dan hari ni juga cukup anak aku 37 minggu 2 hari.

“Alhamdulillah… baki tinggal beberapa hari bersalin, aku serah segala urusan aku kepada kau Ya Allah.

“Tunggu abi balik ya, jangan keluar dulu tau. Abi nak pastikan tangan abi adalah orang kedua yang sambut selepas doktor. Moga selamat semuanya sehingga ke waktunya dan agar semuanya dimudahkan Allah. Doakan yang baik-baik ya guys,” katanya.

Perkongsian Abu di Instagram.

Abu berkongsi rasa keterujaan itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Difahamkan, Abu kini berada di Makkah bagi membimbing jemaah umrah dan akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, perkongsian Abu itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut.

“Kasihan pula bila fikir bekas isteri dia… nampak yang ni kau excited, yang lama kasihan sepatutnya Ain dapat momen ni tapi tulah!

“Bertuahnya Hana masa mengandung ada suami di sisi, bertuah sangat sebab masa mengandung pun suami dia tak cari perempuan lain, bertuah Hana kan? Tak apa Abu, isteri kau ada pengalaman bersalin dah, jangan risau!

Sebahagian komen pengikut di laman tersebut.

“Saudara Abu, maaf lah ya cuma nak bagi pandangan, tak kecam atau kritik cuma kalau nak post hal begini lebih baik off comment, nanti bercakaran,” komen netizen.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April tahun lalu.

Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain.

K0nflik percer4ian PU Abu dan Ain berkesudahan dengan jatuhnya tal4k dua pada 16 Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan PU Abu dan Ain ‘Afini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di H0spital Shah Alam pada 7 Jun tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "PU Abu mahu jadi tangan kedua sambut kelahiran anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*