“Legend…”- Syazwan Zulkifly kongsi sedutan ‘Juv4na’, ramai menggamit memori

Jika anda masih ingat, drama Juvana pernah meninggalkan kesan luar biasa buat penonton. Drama bersiri berkenaan juga menampilkan pelakon-pelakon hebat yang sehingga kini masih menjadi selebriti kesukaan ramai.

Manakan tak, pelakon dalam drama bersiri Juv4na bukanlah calang-calang dan antaranya Syazwan Zulkifly. Selebriti lelaki ini merupakan salah seorang pelakon dikagumi ramai kerana bakatnya dalam bidang lakonan tidak dinafikan sentiasa meninggalkan kesan buat peminat.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Shun not the struggle,face it..

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Terbaru, Syazwan Zulkifly ada berkongsikan sedikit sedutan dalam drama bersiri Juvana yang meraih perhatian peminat dan pengikut.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#7harimencintaiku2 Sejarah #helmi dan #khuzairi yang mungkin ramai tak tahu.hahaha. #throwback drama #juvana @tv3malaysia @dramasangat .

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Oleh kerana, baru-baru ini dia ada berkongsikan bayangan bahawa drama 7 Hari Mencintaiku 2 bakal ditayangkan, menerusi sedutan drama Juvana itu Syazwan Zulkifly dilihat sempat berseloroh.

“#7harimencintaiku2 Sejarah #helmi dan #khuzairi yang mungkin ramai tak tahu. Hahaha. #Throwback drama #juvana…,” tulisnya di posting berkenaan.

Umumnya ramai mengetahui bahawa drama gandingan pelakon lelaki, Syazwan Zulkifly bersama Shukri Yahaya mendapat perhatian ramai. Masing-masing membawa watak sebagai Helmi dan Khuzairi.

Namun begitu, melihat sedikit sedutan Juv4na yang mana mereka juga pernah bergandingan bersama membuatkan ramai menggamit memori.

Rata-rata meninggalkan pelbagai maklum balas mengenai drama bersiri yang pernah menjadi bualan peminat drama tempatan.

“Wow best friend”

“Rindu wei drama ni”

“The best drama…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Syazwan Zulkifly via HCL

Be the first to comment on "“Legend…”- Syazwan Zulkifly kongsi sedutan ‘Juv4na’, ramai menggamit memori"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*