Turun 18kg Selepas 2 Bulan Bersalin, Ika Nabella Nak Turunkan Lagi 6kg! Fuhhh!

Semalam (Selasa), pelakon Ika Nabella telah memuat naik fotonya yang kembali langsing di akaun Instagram (IG) selepas dua bulan melahirkan pertamanya, Muhammad Noah Zayn dua bulan lalu.

 

Ika ketika dihubungi Gempak berkata, tujuan dia berkongsi foto tersebut adalah untuk memberi motivasi kepada kaum ibu supaya tidak berputus asa jika mahu kembali langsing.

Menurut Ika, tiada rahsia atau tips pelik yang diamalkan sebaliknya penurunan berat badannya adalah secara sihat dan semula jadi.

“Saya rasa berat badan turun kerana menyusukan Noah. Noah pula kuat menyusu dan sekarang umur dua bulan berat badan dia dah 6.2 kilogram (kg).

“Selain itu jika orang yang kenal saya, mereka tahu saya seorang yang aktif. Selepas berpantang, saya makan macam biasa dan bersenam setiap hari.

“Hujung minggu pula saya akan bersukan. Sukan yang ‘simple-simple’ macam badminton, muay-thai dan boxing atau apa-apa sahaja.

“Bila dah biasa bersukan, rasa tak ‘best’ pula kalau tak buat,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@esteelauder flagship store official launch earlier today with em pretty girls 🖤 #esteelauderMY #flagshipstoreofficiallaunch #esteelauderklcc 📸 @itsmeanuar

A post shared by I K A N A B E L L A (@ikanabella) on

Tambah Ika lagi, ketika hamil dia mengalami pertambahan berat badan sebanyak 24kg iaitu, dari 48kg ke 72kg.

“Memalukan! Jadi tahun 2020 ini saya tanam azam untuk dapatkan balik berat lama saya. Sekarang 54kg dan masih ada 6 kg lagi untuk disingkirkan,” katanya.

Bercakap mengenai penjagaan diri selepas melahirkan anak, Ika berkata tak salah sekiranya seorang isteri dan ibu itu ‘pasang badan’ untuk sentiasa sihat dan kelihatan cantik.

“Sebenarnya saya bosan bila dengar orang kata lepas bersalin perempuan jadi tak cantik, kulit kusam, ‘allignment lari’…Mitos semua tu!

“Seolah-olah jadi ibu itu sesuatu yang buruk sampai boleh mengubah paras rupa seseorang. Jadi, saya dalam pantang pun tetap ‘bersiap’ sebab tak mahu terikat dengan stigma itu.

“Malas macam mana pun saya akan kemaskan diri, melawa untuk diri sendiri dan suami. Sebenarnya bila kita ‘bersiap’ ‘confident level’ pun meningkat,” ujarnya positif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Turun 18kg Selepas 2 Bulan Bersalin, Ika Nabella Nak Turunkan Lagi 6kg! Fuhhh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*