Fazura payung 6 foto, dipuji cantik ibarat ‘ratu’ oleh peminat

Kemeriahan di majlis perkahwinan pasangan yang sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan, Farah Nabilah bersama jejaka pilihan, Amirul Yunus sememangnya tidak dinafikan sehingga kini mendapat perhatian ramai.

Pelbagai busana juga digayakan oleh Farah Nabilah mencuri tumpuan peminat dan terutama pengguna media sosial di Instagram yang mengikuti perkembangannya.

Bagaimanapun, acara majlis persandingannya baru-baru ini juga dihadiri oleh beberapa selebriti terkenal dan semalam, pelakon cantik Mira Filzah ada berkongsikan sekeping fotonya disana.

Ternyata busana digayakan pelakon Sweet Dreams itu dipuji ramai kerana kelihatan simple namun tetap elegen dan terbaru, foto dikongsikan oleh pelakon Fazura pula menjadi tumpuan peminat.

Dengan mengayakan busana cukup menawan ini, Fazura menerima pelbagai pujian daripada pengikut dan peminat sehinggakan, posting Fazura dilaman Instagram telah mendapat lebih 70,000 tanda suka yang tidak henti-henti peminat berikan,

Fazura cantik jadi perhatian

View this post on Instagram

Love was in the air. Last night, celebrating the nuptials of #FawaaXAmirul ❤️ @farahnabilahofficial @amirul_yunus

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Sangat cantik!

Fazura menerusi posting telah berkongsikan 6 foto kepada peminat dan pengikut dan selain berkongsikan fotonya sendiri, dia turut memuat naik foto bersama pasangan pengantin, Farah Nabilah dan suami.

Kelihatan juga, rakan baiknya iaitu seorang pereka fesyen terkenal Rizman dilihat tersenyum disamping isterinya.

Meriah bersama rakan-rakan

Diruangan komen, kecantikan selebriti ini juga dikatakan ibarat ratu permata selain dia turut digelar sebagai princess.

Reaksi ramai

Sumber: Fazura / HCL

Be the first to comment on "Fazura payung 6 foto, dipuji cantik ibarat ‘ratu’ oleh peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*