Saharul Ridzwan bimbang isteri dem4m panas ketika hamil empat bulan – “Waktu s4kit pun dia ingat p3rut suami”

PELAKON Saharul Ridzwan memberitahu dia berasa bimbang melihat keadaan isterinya, Qaabila Deena Emir yang kini sedang hamil mengalami dem4m panas sejak Jumaat.

Bagaimanapun Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkata dem4m yang dialami itu disebabkan j4ngkitan dan tidak melibatkan kandungan isterinya yang sudah mencecah empat bulan.

Menurut Saharul, Deena kelihatan lebih cepat penat dan mengalami alahan yang teruk berbanding ketika hamil anak pertama mereka.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Awak makan apa ni pagi?” . Suhu badan 39.6’c masa awal2 sampai pusrawi, lebih kurang pukul 6.30pagi tadi. Dia tak boleh tidur satu malam, tapi taknak kejutkan suami, bila bangun subuh baru ckp mintak belikan ais sebab badan rasa panas sangat. So sy pegang kepala, panas sangat2, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk ward, banyak kali dia tanya saya, “awak makan apa ni pagi?”. Time sakit2 pun masih ingat perut suami ni ye. 😢❤️ . Demam balik dia petang ni, temperature naik 39 balik. Tadi tengahari dah okay sikit. Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan. Tolong doakan wife dan baby kami ye? Thank you for all your doas. Amin Ya Rabb. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

“Isteri saya dimasukkan w4d pada Jumaat selepas suhu badannya mencecah hampir 40 darjah celsius tapi Alhamdulillah keadaannya semakin pulih sekarang.

“Saya bimbang juga melihat keadaan dia sebab tengah hamil empat bulan. Tapi dem4m kali ini memang tak ada kaitan dengan kehamilannya.

“Mungkin disebabkan v1rus dan musim orang dem4m. Cuma kali ini dia mengandung memang beza. Dia cepat penat dan terbaring saja disebabkan munt4h,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama 30 Pesanan Suara ini ada memuat naik foto isterinya yang sedang diraw4t di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur di Instagramnya.

Saya bimbang juga melihat keadaan dia sebab tengah hamil empat bulan.
SAHARUL RIDZWAN
Pelakon

Saharul menerusi laman Instagram mendedahkan biarpun dalam keadaan tidak sihat, wanita itu tetap mengambil berat mengenai dirinya.

“Dia tak boleh tidur satu malam tapi tak nak kejutkan suami, bila bangun subuh baru cakap minta belikan ais sebab badan rasa panas sangat.

“Jadi, saya pegang kepala, panas sangat-sangat, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk wad, banyak kali dia tanya saya, ‘awak makan apa ni pagi?’.

“Waktu s4kit-s4kit pun masih ingat perut suami ini ya. Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan.

“Tolong doakan isteri dan baby kami ya? Terima kasih atas doa anda semua,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Saharul Ridzwan bimbang isteri dem4m panas ketika hamil empat bulan – “Waktu s4kit pun dia ingat p3rut suami”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*