Hijab Pakai Buang Steril Pertama Dicipta Oleh D0ktor Malaysia

Baru-baru ini media antarabangsa melaporkan seorang d0ktor junior, Farah Roslan telah menghasilkan hijab pakai buang steril yang boleh digunakan semasa dalam dewan pembed4han.

Dalam perub4tan, aspek kebersihan menjadi keutamaan kepada pengamal perub4tan tidak kira dari jurur4wat, pakar bed4h, pembantu perub4tan dan sebagainya.

Lebih-lebih lagi bila berada di dewan pembed4han. Mengambil kira dari hujung rambut ke hujung kaki, mereka diwajibkan untuk memakai pakaian khas bagi memastikan kawasan sekitarnya bebas dari kum4n.

Menerusi lap0ran media tersebut, Farah Roslan berkata dia mendapat idea menghasilkan hijab pakai buang steril itu kerana bimbang tudung yang dipakainya sehari suntuk mungkin sudah tidak bersih dan dicem4ri kum4n. Ketika itu dia sedang menjalani latihan di H0spital Royal Derby.

Menurutnya hijab yang dipakai sepanjang hari itu membuatkan dia terpaksa keluar dari dewan bed4h disebabkan bimbang mengenai pengawalan jangk1tan.

Hendak ditanggalkan dia tidak rasa selesa. Jadi setelah pulang ke Malaysia, Farah mencari idea dengan mencuba rekaan dan pelbagai fabrik untuk menyelesaikan isu ini.

Tambahnya lagi, dia mahu memperkenalkan penggunaan hijab ini secara meluas di peringkat global.

Pakar bed4h perunding, Gill Tierney percaya pengenalan hijab tersebut adalah yang pertama seumpamanya di United Kingdom. Menurutnya lagi dia sedar akan isu yang dialami Farah tersebut dan berharap dengan kewujudan hijab ini dapat menyelesaikannya.

Sumber: BBC via HCL

Be the first to comment on "Hijab Pakai Buang Steril Pertama Dicipta Oleh D0ktor Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*