Nafi Susu Pisang Nilofa Dirampas Kementerian Kesihatan, Neelofa Perjelas Isu ‘Over Claim’

Pengacara dan pelakon Neelofa tampil menjelaskan salah faham dan d4kwaan ‘over claim’ melibatkan susu berperisa pisang Nilofa yang dikatakan baik untuk kesihatan.

Jelas Neelofa, isu terbabit berpvnca daripada risalah yang telah dicetak dan diedarkan pada hari persidangan ketika memperkenalkan susu pisang Nilofa pada 23 November lalu.

Memberikan penjelasan menerusi sebuah entri IGTV di laman Instagram Nilofa, pengacara program MeleTOP itu bercerita panjang lebar untuk menjernihkan kekusutan.

“Ketika awal perjumpaan saya dengan pihak kilang dan team saya, sudah saya tekankan yang saya tak mahu produk yang mempunyai formulasi untuk kecantikan dan kesihatan.

“Bukan produk merawat, menguruskanm, mencantikkan, memutihkan… Saya tak nak beri fokus terhadap produk sebegitu. Saya mahu meletakkan ia sebagai ‘lifestyle product’ yang boleh diminum setiap hari.

“Syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan Nilofa tak ramai pekerja, jadi kami menggunakan tenaga pekerja ‘out source’ untuk menguruskan operasi, pemasaran dan penjenamaan.

“Pada hari persidangan terbabit, semua dapat risalah tentang khasiat susu pisang. Sememangnya risalah itu tidak mendapat rujukan dan pengesahan daripada kilang atau pun ibu pejabat.

“Kalau saya tahu mengenai risalah terbabit, sudah pasti saya akan menghentikannya. Saya dah berbincang dengan agensi pemasaran untuk berjaga-jaga selepas ini bagi mengelakkan isu seperti ini berulang,” katanya.

Lihat penjelasan penuh Neelofa dalam video IGTV di bawah:

 

Dalam pada itu, Neelofa turut menafikan khabar yang mend4kwa susu pisang Nilofa terlibat dengan r4mpasan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

Neelofa memuat naik penjelasan terbabit di ruangan Instagram Stories miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Nafi Susu Pisang Nilofa Dirampas Kementerian Kesihatan, Neelofa Perjelas Isu ‘Over Claim’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*