[VIDEO] “Ini Perkahwinan Ketiga Saya” – Isteri Baru Da’i Farhan Buka Cerita, Dedah Cinta Tiga Hari Di Makkah!

Isteri kepada pendakwah sensasi Da’i Nik Farhan, Dr. Erin mendedahkan pernah beberapa kali berkahwin sebelum ini.

Bagaimanapun, jodoh tidak berpihak padanya apabila terpisah dengan aj4l dan percer4ian dalam perkahwinan-perkahwinan terdahulu.

“Ini perkahwinan ketiga saya. Ustaz tahu semua fasal saya dan dia boleh terima saya seadanya.

“Suami pertama saya meningg4l dunia dan kemudiannya berpisah dengan kerelaan hati. Tetapi kami masih berkawan baik sampai sekarang.

“Allah berikan saya pengajaran atas perkahwinan sebelum ini untuk saya jadi kuat sebelum dia temukan saya dengan ustaz (Da’i Farhan).

“Anak-anak saya sangat menyokong perkahwinan ini sebab saya sudah latih mereka dari kecil lagi untuk berfikir secara rasional.

“Apabila saya kata ada papa baru, mereka akan gembira,” katanya kepada Gempak.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

~ Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku..Allah yg pertemukan kami disisi Baitullah, dibawah payungan langit Kaabah..di Tanah Suci jgk kami disatukan dgn ikatan pernikahan..amanah buat ku utk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama 8 orang anaknya yg baik hati semuanya..Terima kasih buat isteri pertama ku yg sentiasa tabah & kuat semangat dgn hakikat ini..moga segalanya dlm redha & rahmat ilahi..aamiin..mohon semua doakan yg terbaik utk ustaz & amanah yg Allah berikan pd ustaz ini..fii amanillah ~ #daifarhantv3 #Anugerahilahi

A post shared by Da’i Farhan (Official) (@daifarhan) on

Cerita Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, pertemuannya bersama Farhan di Makkah bagaimanapun mencoretkan lembaran baharu dalam hidupnya.

“Saya pergi Makkah untuk menunaikan umrah dengan calon suami lain dan balik semula ke Malaysia dengan lelaki lain (iaitu Farhan),” kongsinya teruja.

Untuk kisah lanjut mengenai kisah sebenar yang berlaku antara Farhan dan Erin di Makkah, saksikan video temubual eksklusif Gempak bersama pasangan ini.

Gempak bertemu dengan pasangan ini ketika hadir ke rancangan bual bicara Mingguan Wanita semalam.

Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah mencer4ikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.

Fatin turut mengaku telah dicer4ikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Gempak via KhalifahMedia

Be the first to comment on "[VIDEO] “Ini Perkahwinan Ketiga Saya” – Isteri Baru Da’i Farhan Buka Cerita, Dedah Cinta Tiga Hari Di Makkah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*