Mufti Wilayah Jawab Surat Budak 8 Tahun Yang Tular

Semalam surat yang ditulis seorang budak lelaki berusia 8 tahun untuk AJK surau telah tular di sosial media. Biarpun surat itu ditulis pada 2017 setelah dimaklumkan oleh ibunya, namun ia masih menjadi perhatian ramai selepas dimuatnaik semula oleh seorang pengguna Twitter.

Biarpun begitu, surat tersebut juga telah menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan untuk menjelaskan persoalan pada kanak-kanak itu. Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tindakan budak itu untuk solat di saf depan sesuatu yang baik.

Ini kerana dia dapat mempelajari cara solat yang betul dari jemaah dewasa. Malahan dakwaan mengatakan saf akan terputus jika ada kanak-kanak antara jemaah dewasa adalah tidak tepat kerana ia tidak pernah diutarakan oleh ulama.

Menulis di ruangan sosial medianya iaitu di Facebook dan Twitter, “Pakcik ada membaca surat anakanda yang tular di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau.”

 

Selain itu Mufti Wilayah Persekutuan turut mencadangkan supaya kepada mereka yang membawa anak kecil ke surau atau masjid supaya solat di hujung saf di tepi dinding dengan kedudukan anak di hujung sekali.

Menurutnya lagi, jika anak kecil sukar dikawal sebaiknya tidak dibawa ke masjid supaya tidak menganggu jemaah lain.

Walaubagaimanapun, dia turut mengucapkan tahniah kepada kanak-kanak ini dan mendoakan supaya sentiasa menjaga solat lima waktu. Tambah Mufti Wilayah ini lagi, jika terserempak dengannya di mana-mana kenalkan diri dan ada hadiah buat anak ini nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan via HCL

Be the first to comment on "Mufti Wilayah Jawab Surat Budak 8 Tahun Yang Tular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*